ADAKAH RAMEN SESUAI UNTUK VAGEN

ADAKAH RAMEN SESUAI UNTUK VAGEN? | Sejak 10 tahun kebelakangan ini, ramen seakan-kan menjadi makanan yang mengikut trend. Berbagai perisa dan jenama dikeluarkan bagi menarik pembeli dan peminat ramen. Iklan-iklan juga mendorong orang ramai membeli ramen. Walaupun makanan ini mudah didapati dinegara-negara seperti Jepun, China dan Korea, namun kegilaan orang ramai terutamanya di Asia Tenggara bermula sejak 10 tahun kebelakangan ini. Kini muncul ramen vegan yang dikhususkan untuk mereka yang yang mengamalkan diet vagen. Walaupun sebenarnya kebanyakan mee ramen adalan vegan.

Vegan Ramen tasty
photo: https://www.cookinglight.com/


Ramen dihasilkan dari 4 bahan utama. Tepung, minyak ,air beralkali dan garam. Namun ada juga ramen yang ditambah dengan telur untuk menghasilkan mee yang lembut, dan mudah dibentuk malah mee ini mempunyai warna kuning yang cantik dan berkilat.

Ramen Yang Tidak Sesuai Untuk Vegan

Ramen vegan tidak mengandungi telur dan minyak. Ianya dibuat menggunakan tepung, air dan garam sahaja.  Penebangan hutan dan kehilangan hidupan liar demi untuk menanam kelapa sawit membuatkan pengamal vegan tidak memilih makanan yang mengandungi minyak sawit.

vegan


Namun perencah atau serbuk perasa didalam ramen tidak sesuai untuk vagen. kebiasaan nya didalam serbuk perasa tersebut mengandungi berbagai bahan seperti serbuk daging dan ikan serta banyak perisa tiruan.

BACAMAKANANAN YANG BOLEH MENGAWAL RASA CEMAS MARAH STRESS DAN KELIRU

Kuah ramen biasanya bergantung pada daging dan ikan yang dehidrasi untuk memberikan rasa, menjadikannya tidak sesuai untuk pengamal vegan. Walau bagaimanapun, jika rasa daging atau makanan laut diperoleh daripada sumber tiruan, ramai vegan akan hanya mengambil kuahnya.

Bagi pengamal vegan yang tegar, mereka akan memastikan untuk tidak mengambil sebarang perisa semula jadi sama sekali untuk memastikan tiada yang berasal daripada haiwan.



Namun terdapat juga perisa tiruan diperoleh daripada produk petroleum, mendorong sesetengah vegan alam sekitar untuk menjauhi bahan tambahan ini. Walaupun perbezaannya, perisa tiruan adalah sama dengan perisa semula jadi pada tahap molekul.


Sesetengah campuran ramen juga mengandungi laktosa, gula yang diperoleh daripada susu lembu. 

ramen vegan
photo: https://choosingchia.com/



Jenama Ramen Vagen


Dengan pendedahan ini, mungkin anda fikir lebih baik untuk tidak mengambil ramen sebagai makanan. Tapi sudah banyak syarikat pengeluaran ramen diluar negara yang menghasilkan ramen khas untuk Vagen.

Untuk pengeluaran di Malaysia agak sukar untuk mendapatkan ramen vagen. Namun anda boleh mendapatkan nya melalui belian online. Antara jenama ramen yang mengeluarkan vegan ramen ialah Atomy, Samurai Ramen,Pinxin Vegan  dan OFM food Trading.





Catat Ulasan

0 Ulasan