REVIEW DAN SINOPSIS : GAUS ELECTRONICS : Kdrama Gaus Electronics ditayangkan bermula 30 September 2022. Drama ini dibintangi oleh Kwak Dong-Yeon dan Go Sung Hee sebagai watak utama.
Drama dengan genre komedi ini diadaptasi dari web comic berjudul Gaus Jeonja. Gaus Electronics boleh di tonton di saluran K-Plus di Astro setiap khamis dan jumaat jam 5.40 petang
Review Gaus Electronics
Kalau dilihat pada poster drama ni, mungkin ramai yang akan anggap drama ni biasa-biasa saja. Ditambah pulak barisan pelakon nya jugak bukan lah kebanyakan nya pelakon carta atas atau pelakon yang kerap diberikan watak utama.
Tapi drama ni cukup menghiburkan dan sangat kelakar. Saya rasa ini adalah drama paling kelakar selepas Waikiki. Dah lama tak tonton kdrama yang kelakar macam ni selepas Waikiki dan Pegasus Market.
Paling tak sangka rupanya Kwak Dong Yeon yang berwajah kacak itu sangat kelakar orangnya. Dari episod 1, tak kering gusi ketawa menonton drama ini.
Selain Dong Yeon, Bae Hyun Sun juga tak kurang hebatnya. Fesyen rambut lain dari yang lain menjadi trademark watak Baek Ma Tan. Anak orang kaya yang ingin bekerja bermula dari bawah. Tapi gelagatnya yang sudah terbiasa dengan kehidupan mewah sangat-sangat mencuit hati.
Selain tu watak-watak lain juga sangat-sangat menghiburkan. Masing-masing ada kekuatan sendiri dan kelakar. Saya kegum juga dengan penulis drama ni. Bagaimana dia boleh menjadikan setiap watak tu kelakar dan menghiburkan?
BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : TODAY'S WEBTOON ( KDRAMA 2022 )
Watak-watak dalam drama ni juga ada kisah mereka sendiri. Itu yang membuatkan drama ni lebih menarik. Lee Sang Sik dan Cha Na Re yang bermula dengan saling membenci dan akhirnya hubungan terjalin.
Kemudian Kisah Baek Ma Tan dan Gun Gang Mi yang bermula dengan salah faham.
Kisah Cha Wa Wa dengan rambut botaknya dan Wi Jang Byun yang kesunyian namun jatuh cinta dengan sebuah gadjet.
0 Ulasan