JANGAN TERTIPU DENGAN SUNBLOCK 3W CLINIC DI SHOPEE YANG FAKE. CIRI-CIRI SUNBLOCK 3W CLINIC FAKE

JANGAN TERTIPU DENGAN SUNBLOCK 3W CLINIC DI SHOPEE YANG FAKE. CIRI-CIRI SUNBLOCK 3W CLINIC FAKE | kalau korang masih ingat saya pernah kongsikan sunblock yang sangat bagus dan memang dah ramai yang guna sunblock ni. Sunblock 3W Clinic. Sunblock ni ramai yang guna sebab harganya mampu milik dan mudah nak dibeli selain ianya sangat baik untuk melindungi kult dari sinar UV



Tapi bila dah ramai yang suka, sunblock ni tak terlepas dari menjadi mangsa produk fake pihak tak bertanggungjawab. kalau korang beli di shopee memang belambak produk ni yang fake. Hati-hati sebelum membeli dan dapatkan kepastian dulu dari seller. 

Kalau dapat sunblock yang fake segera buat tuntutan pada pihak pembeli. Kalau korang beli sunblock ni di shopee dan pada produk tu ada tag “100% aunthentic guarantee” atau pun "100% dijamin tulen" tapi bila barang sampai turn out fake, korang boleh claim and dapat duit tu balik tau. Janji ada bukti benda tu fake.




CIRI-CIRI SUNBLOCK 3W CLINIC FAKE

Hari ni saya nak kongsikan ciri-ciri sunblock 3W Clinic yang fake. Korang boleh rujuk artikel ini sebelum membuat pembelian. Lebih mudah dan selamat untuk korang. 

Setakat ni saya memang gunakan 2 sunblock . 1 sunblock 3W Clinic dan satu lagi sunscreen Hansaegee Nature. Dua-dua ni sangat serasi dengan kulit saya jadi bila wujudnya produk kegemaran saya yang fake, sangat kecewa lah.

Sebenarnya 3W Clinic yang fake ni sudah wujud sejak 2-3 tahun lalu. Ramai yang dah dapat kesan produk fake ni. Tapi sampai sekarang masih ada yang tertipu dan tak sangka selama ni guna produk yang palsu.

Baca:REVIEW : 3W CLINIC INTENSIVE UV SUNBLOCK CREAM SPF50  




lambang produk yang mempunyai cetakan yang berbeza dibahagian tepi 





Bahagian bawah kotak yang yang mempunyai lipatan khas tidak seperti kotak biasa






Garisan tepi pada produk fake lebih nipis dan hanya mempunyai 1 line



stamp code pada produk asli lebih tebal berbanding produk tiruan




Penutup pada fake prduct mudah dicabut tanpa perlu memusingkan penutup.


Tekstur fake sunblock lebih cair dan mudah meleleh berbanding yang asli.


Sunblock 3W Clinic Original

Walaupun sunblock yang korang pakai tu tak merosak kan kulit , tak semestinya produk tu adalah sunblock 3W Clinic yang original. Kadang-kadang ini lah yang membuatkan korang tak sedar korang menggunakan produk yang tiruan. 

Untuk mengelak kan korang terbeli Sunblock 3W Clinic yang fake, ada baiknya korang terus beli di website 3w Clinic : https://3wclinic.com/shop. 


sumber gambar: 

@sofearozaidi_ dan IG 3W Clinic.

Catat Ulasan

0 Ulasan