HUKUM GURAUAN ATAU PRANK DALAM ISLAM | Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, prank bagaikan satu cara moden masyarakat kita berhibur walaupun cara ini sukar diterima ramai. Bermula dari prank yang dilakukan oleh beberapa siaran radio hinggalah semakin lama ianya menjadi content di sosial media untuk mereka meraih jumlah tontonan.
Antara contoh prank yang kerap dilakukan ialah, prank untuk sambutan hari jadi, prank suami kepada isteri dan sebaliknya, prank menakutkan anak-anak dan banyak lagi hinggakan ada yang mengalami kecederaan dan trauma.
Apa itu Prank? Prank adalah gurauan dan usikan yang dilakukan untuk menguji seseorang atau usikan yang dilakukan dengan tujuan untuk mengenakan seseorang hingga dia merasa tertipu atau pun malu.
Tapi bagaimanakah pandangan islam terhadap budaya prank yang semakin berleluasa ini. Apakah hukum prank dalam islam dan bagaimana kah prank yang dibenarkan dalam islam?
BACA:DOA-DOA TERBAIK YANG BOLEH DIBACA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN DAN UJIAN BESAR
Hukum Prank dalam islam
Islam tidak melarang umatnya bergurau dan mengusik selagi ianya tidak melampaui batas. Contohnya , gurauan yang tidak menjatuhkan maruah,tidak mendatangkan kecederaan, tidak membuatkan mangsa trauma dan tidak melanggar undang-undang negara dan agama.
Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Hukum asal bagi gurauan atau prank adalah dibolehkan selagi mana gurauan tersebut tidak melampau dan boleh diterima oleh orang yang diajak bergurau.
Namun jika gurauan atau prank menyebabkan mangsa malu, tertipu hingga menyebabkan kerugian, mangsa menjadi marah, ketakutan yang melampau, menjatuhkan maruah, menyebabkan kecederaan atau kehilangan nyawa, prank tersebut adalah haram.
Menurut hadist riwayat Abu Dawud, Tidak halal bagi seorang Muslim menakut-nakuti seorang Muslim yang lain.
Dalam sebuah kisah Rasulullah SAW pernah bergurau dengan seorang wanita tua dengan mengatakan bahawa dia tidak akan masuk syurga sehingga wanita tua tersebut beredar dengan perasaan yang sedih yang kemudiannya Rasulullah menjelaskan semula bahawa dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan tua tetapi akan masuk dalam keadaan muda
Trend Prank yang melampau
Salah satu prank yang semakin berleluasa dan menjadi ikutan ramai dizaman sekarang ialah suami melakukan prank kepada isteri dengan cara curang. Ini adalah prank yang diharamkan dalam Islam. Hukum suami melakukan 'prank' curang terhadap isteri adalah haram kerana ianya menyakiti perasaan dan hati isteri.
Islam menggalak kan suami isteri bergurau dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. Gurauan yang penuh senyum dan tawa. Jika gurauan tersebut meyebabkan isteri atau suami bersedih dan sakit hati ianya tentu akan menjejaskan emosi pasangan . Kerana itulah gurauan atau prank suami curang adalah tidak dibenarkan.
Apalagi jika prank tersebut dirakam dan dimuat naik ke sosial media untuk tatapan umum. Tentu ianya akan menyebabkan pandangan serong masyarakat terhadap rumahtangga pasangan tersebut. Video sebegitu juga mudah dimanipulasi pihak lain dan disalah gunakan hingga boleh mengundang fitnah dan buah mulut orang.
Sebaiknya jauhilah budaya prank yang melampau dan merugikan orang lain. Elak kan dari menghasilkan video atau content prank yang boleh menjatuhkan maruah dan menyebarkan aib. Jika video-video yang dihasilkan memberi pendapatan kepada anda, fikirkan lah apakah wang yang didapati dari video-video tersebut adalah wang yang berkat atau pun tidak.
0 Ulasan