TAK JADI AKAD NIKAH SELEPAS IBU GELAR PENGANTIN PEREMPUAN PENDEK DAN HODOH

TAK JADI AKAD NIKAH SELEPAS IBU GELAR PENGANTIN PEREMPUAN "PENDEK DAN HODOH" |  Perkahwinan memerlukan persetujuan 2 pihak. Lelaki dan perempuan. Jika salah satu pihak tidak bersetuju untuk bernikah tentu akan menjadi masalah. Namun bersetuju atau tidak untuk berkahwin perlulah dilakukan lebih awal agar tidak menyusahkan pihak lain.




Namun berbeza dengan apa yang berlaku pada seorang wanita berasal dari Tunisia apabila bakal suaminya membatalkan pernikahan pada hari mereka bakal bernikah gara-gara ibunya tidak berkenan dengan penampilan pengantin perempuan.

Seorang wanita Tunisia menerima mesej sokongan dari seluruh dunia selepas kisahnya yang ditinggalkan bakal suaminya gara-gara bakal ibu mertuanya tidak menyukai penampilannya.



Minggu lalu, Lamia al-Labawi, seorang wanita muda dari Tunisia, berkongsi kisah sedih bagaimana hari yang sepatutnya menjadi hari bahagia dalam hidupnya bertukar menjadi mimpi ngeri. 

Dia dan pasangannya yang sudah berkenalan selama empat tahun sepatutnya melangsungkan perkahwinan. Segala persiapan semuanya telah diatur dan mereka telah menghabiskan banyak wang untuk memastikan semuanya berjalan mengikut perancangan.




Tetapi satu perkara yang langsung mereka tidak fikir akan menjadi masalah besar ialah ibu pengantin lelaki. Lamia berkata bahawa dia tidak pernah bertemu wanita itu secara peribadi sebelum ini. Jadi pada hari mereka bakal bernikah dia dapat merasakan sambutan dingin bakal ibu mertuanya terhadap dirinya dan bakal ibu mertuanya secara-terang-terangan menunjuk kan kebencian padanya.


Majlis perkahwinan sedang berlangsung, tetamu semua sudah hadir, dan ketika ini lah bakal ibu mertua Lamia mula melancarkan serangan yang mungkin sudah dirancang. 


Di hadapan semua orang, dia mendekati anaknya dan memintanya membatalkan perkahwinan dengan mendakwa pengantin perempuan itu “terlalu pendek dan hodoh” dan dia tidak layak untuk dikahwini. Dia hanya melihat foto Lamia sebelum ini dan sangat kecewa selepas pertemuan di majlis pernikahan tersebut.





Lamia menganggap apa yang dilakukan ibu kepada lelaki tersebut sangat keterlaluan namun apa yang lebih mengejutkan ialah lelaki tersebut menyebelahi ibunya dan mereka meninggalkan Lamia dihadapan ramai jemputan pada majlis itu.


Kisah itu dengan cepat tersebar di media sosial, dan Lamia al-Labawi mula menerima mesej sokongan daripada orang yang menyuruhnya untuk kuatkan semangat agar sedar bahawa pengantin lelaki itu tidak layak untuk dikahwini. Malah kisah Lamia menarik perhatian ramai selebriti dan orang terkenal di negara tersebut

"Dengan kasih sayang dan persaudaraan, jangan tunduk kan kepala anda dan hadapi dunia dengan sekuat tenaga anda," tulis pelakon teater Tunisia, Hedi Al-Mejri, kepada Lamia .

 “kamu bukan kehilangan serang lelaki tapi kehilangan objek yang boleh menjadi sumpahan dalam hidup kamu. Kamu mendapat kebebasan yang tidak boleh ditukar ganti. Janganlah kamu patah hati dan kamu tidak berseorangan.

Terharu dengan limpahan sokongan, Lamia al-Labawi baru-baru ini menyiarkan video mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas kata-kata semangat yang baik.

Catat Ulasan

0 Ulasan