KERAP RASA GATAL DI DALAM TELINGA. INI MUNGKIN PUNCA NYA.

KERAP RASA GATAL DI DALAM TELINGA. INI MUNGKIN PUNCA NYA | Kerap berasa gatal dibahagian dalam telinga membuatkan kita akan berasa tidak selesa dan boleh mengganggau aktiviti seharian. Rasa seakan geli yang tidak tertahan memaksa kita untuk memasuk kan putik kapas atau jari agar rasa geli dan gatal tersebut hilang. Namun rasa gatal tersebut kembali lagi dan anda semakin kerap memasuk kan jari ke dalam telinga.

 


Ini akan membuatkan bahagian dalam telinga anda menjadi luka dan ianya tidak baik untuk anda. Luka dibahagian dalam telinga juga akan menyebabkan rasa gatal dan geli dibahagian dalam telinga. 

Walau bagimana pun keadaan ini tidak boleh dipandang ringan. Anda perlu mencari tahu penyebab kepada masalah ni dan sekaligus mengtasinya.

Salah satu penyebab mengapa kerap berasa gatal di dalam telinga adalah kerana alahan terhadap makanan ataupun produk pembersih yang anda gunakan seperti syampoo atau perapi rambut.

Anda perlu lebih teliti dan memastikan jenis makanan yang anda makan agar anda dapat mengenal pasti punca alahan tersebut.

Ada juga yang alahan terhadap cuaca. Cuaca yang sejuk akan membuatkan mata dan hidung berair selain gatal dibahagian dalam telinga.

BACAMERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN NENAS, MADU, DAN HALIA

Kerap menggunakan putik kapas juga akan membuatkan telinga sering berasa gatal kerana kotoran yang tersumbat di dalam telinga akibat tolakan dari putik kapas. Anda mungkin melihat terdapat kotoran melekat pada putik kapas namun sebenarnya ada kotoran yang masih terkumpul di dalam telinga.



Perkara yang dilarang jika berasa gatal didalam telinga:

  • memasuk kan putik kapas didalam telinga.
  • memasuk kan jari kedalam telinga
  • Memasuk kan sebarang cecair tanpa nasihat doktor
  • sapu ubat cream tanpa nasihat doktor
Buat pemeriksaan telinga di klinik agar masalah dapat dikesan dan diatasi. Pemeriksaan menyeluruh dan lebih teliti sangat penting agar tiada luka atau iritasi dibahagian dalam telinga yang boleh memudaratkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan