REVIEW WIRELESS BLUETOOTH EARBUDS JBL TUNE T120 - EARBUDS MURAH KUALITI TERBAIK | BARANG MURAH DI SHOPEE Bila dalam rumah terlalu banyak gadjet , terpaksa la kita menjaga hak orang lain untuk mendengar. Hahah. Makanya, phone telinga adalah satu benda yang sangat penting. Ada yang nak tengok tv, ada yang nak main game, ada yang nak dengar kuliah agama di Youtube. Sebab itu earphone dan earbuds penting agar semua orang mendapat kepuasan dari apa yang mereka suka tanpa gangguan.
Setelah jemu dengan headphone yang selalu patah dan susah nak dibawa keluar, aku memilih untuk menggunakan earbuds. Selongkar la shopee sampai jumpa barang yang diinginkan. Tak lena tidur selagi tak dapat apa yang diidamkan. Baca review-review dan akhirnya aku jumpa earbuds yang aku mahu. Sebelum ni aku ada review earbuds yang boleh dikategorikan terbaik dan sampai sekarang masih berfungsi walaupun harganya cukup-cukup murah. Boleh baca disini. Wireles Bluetooth earbuds F9
Kali ni aku nak kongsikan satu lagi earbuds terbaik yang aku guna dan aku beli dari shopee jugak. Ini dia Wireles Bluetooth earbuds JBL Tune T120. Warna white pink . Sangat cantik dan sweet untuk pemakai terutamanya orang perempuan.
Comelll sangat. Baru tengok dah jatuh cinta. ada warna white pink , white yellow, black blue, black dark green and white. Aku pilih white pink sebab tak bagi dak Mikhail guna. Nanti entah mana-mana la dia letak. Pilih pink je la. Dia kan alergic dengan warna pink. Heheh.
Aku ambil masa seminggu untuk aku tekan butang terima di shopee tu selepas pakai earbuds JBL ni. Belajar dari kesilapan. Bulan lepas aku beli satu earbuds, masa hari pertama pakai ok je. aku terus tekan butang terima. Terlupa nak test tempat cas dia, Hari kedua nak cas terus jem. Tak de apa2 lampu keluar. earbuds port charger pun tak de rasa panas atau apa. Chat dengan penjual dia suruh cas selama 2 hari. Aje giler. Nak tunggu 2 hari. Aku terus mintak untuk return dan refund. Selepas beberapa proses , seminggu kemudian baru dapat refund penuh. lepas ni kalau nak beli barang macam ni kena guna 2-5 hari baru boleh tekan butang terima. Dan yang penting ambil video.
Ok.. balik semula pada Earbud JBL ni, apa yang paling best ialah bila dia connect atau on off, cuma ada rasa dan bunyi getaran. Tak de la cakap cina macam earbuds cap ayam yang kita beli sebelum ni.Hahah.
Kemudian pada charger box tu ada 3 lampu biru. Kalau lampu tu penuh maknanya bateri dia masih banyak. Kalau lampu cuma ada satu je menyala, boleh la kita cas.
Masa kita cas earbuds, lampu merah akan menyala. Nanti dah penuh dia terpadam la. Aku cuma cas seminggu 2 kali saja sebab aku jarang guna benda ni. Sehari guna setakat sejam dua je. Untuk aku, memang tahan lama la bateri dia.Cas pun tak lama. dalam setengah jam je lebih kurang.
Cara guna pun sangat mudah.
double tap belah kanan untuk next song
double tap belah kiri untuk previous song
Cara kat atas tak boleh guna untuk youtube. Boleh guna untuk lagu-lagu dan video dalam telegram atau dalam phone kita.
Untuk volume '+ -" boleh tap dua saat pada kiri dan kanan.
tap sekali untuk pause the song
Bila ada call masuk , lagu akan automatik pause.
Long tap untuk reject call. Tap sekali untuk jawab call.
long press 6 saat untuk power off dan 3 saat untuk on.
Masa mula-mula nak pakai earbuds ni macam pelik kenapa tak masuk-masuk kat telinga. asyik jatuh. Rupanya cara pakai dia ialah melintang. Bukan menengak atau senget. Tengok betul2 gambar modeel atas ni.
Bila dah betul cara pakai tu, melompat ke, berguling ke memang tak kan jatuh. tak de rasa sakit telinga.
Charging box dia mudah je nak buka . Guna sebelah tangan je. Tapi bila tutup dan terbalik kan tak mudah terbuka. Earbuds kat dalam pun tak kan terkeluar. tak macam charging box earbuds yang aku pernah beli. Nak buka pun susah sebab pakai klip. Yang ni dia macam pakai magnet. Entah la..main agak je nih. hahah
Bab kualiti bunyi memang tak payah disangkal. Bunyi kuat cuma dah perlahan pun bunyi masih kuat. Tak tahu nak perlahan macam mana lagi. Bila dah habis slow tak de bunyi terus pulak dah. Itu je la part yang tak menepti citarasa aku. Sebab aku ni kadang2 suka bunyi yang pelan sangat. Macam bunyi bisik-bisik je. maklum la..orang tua..
Tapi kualiti bunyi memang sedap. Ada bass .
Dalam kotak ni dia bagi satu charger port, 1 cabel usb, earbuds dan Ear pads dengan saiz S,L dan M. Telinga comel aku pakai s je. Tak tahu la aku besar nanti saiz jadi L ke. (bajet macam aku kanak-kanak lagi..haha)
Ok.. tu je la nak cerita pasal earbuds ni. Kalau korang berminat boleh beli disini : WIRELESS BLUETOOTH EARBUDS JBL TUNE T120
0 Ulasan