REVIEW DAN SINOPSIS : EXTRAORDINARY ATTORNEY WOO | Aku dapat rasanya kadrama ini akan jadi antara Kdrama paling best untuk tahun 2022. Masa mula-mula tengok senarai pelakon, Park Eun Bin diberi watak sebagai gadis yang mengidap autism, rasa macam tak percaya. Boleh ke dia bawa watak ni. Sebab aku pernah tengok dia belakon drama The King Affection . Sangat mengecewakan dan nampak tak sesuai watak tu dengan dia. Dan sekali lagi dia dapat satu lagi watak yang sangat berat untuk drama Extraordinary Attorney Woo.
Tapi selepas tonton dia dalam drama ni memang aku kagum sangat dengan lakonan dia. Menjadi.. Memang nampak jelas dia banyak bersedia untuk pegang watak ni. Dia boleh jadi kelakar dan menawan dalam masa yang sama dia mengidap autism.
Drama ni juga membuka mata kita untuk melihat dari sisi pandang seorang pengidap autism. Selama ni kita cuma tahu cara mereka berfikir berbeza dengan kita tapi drama ni dia perincikan lagi supaya kita lebih dekat dan faham dengan mereka. Contohnya cara mereka memandang sesuatu objek, cara mereka mentafsir apa yang orang lain cakap, dan macam mana mereka melihat perkara-perkara yang biasa bagi kita tapi mereka lihat dengan penuh luar biasa.
Apa yang paling disukai dalam drama ni ialah , mereka tak meletak kan watak utama sebagai orang yang dipandang rendah dan banyak kelemahan. Woo Young Woo pelajar terbaik, disayangi ramai , dicemburui , dan petah berkata-kata.
Yang membuatkan drama ni lagi best sebab ada pelakon komedi Kang Ki Young yang cukup-cukup menghiburkan dan buat kita tak kering gusi. Memang tunggu je babak yang ada dia.
Cuma aku macam tak berapa suka ending untuk episod kedua. Macam tu la kalau dah masuk Netflix. nak juga di masuk kan jalan cerita macam tu. Nak tau apa dia. Kena tonton la. Harap lepas ni pak-pak lebai fikir banyak kali nak suruh orang langgan netflix. Hahaha..
BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : PACHINKO
0 Ulasan