SOS PALING SEDAP UNTUK BUAT AYAM MASAK MERAH | Setiap kali pergi majlis kenduri kawin paling berselera bila ada menu nasi minyak dan ayam masak merah. Nampak ayam masak merah dah kira lega sebab dah tak kisah kalau lauk lain tak sedap.
|
Photo: Resepibonda.my |
Sama jugak kalau di rumah, ayam masak merah tu hidang wajib dalam seminggu. Pertamanya sebab cara memasak nya mudah dan kedua sebab semua orang makan ayam masak merah. Budak-budak pun suka. Betul tak.
Tapi bukan semua sos seuai untuk buat ayam masak merah. Kalau saya sendiri lebih biasa dengan sos cili Maggi. Rasanya yang pedas manis cukup sesuai untuk digunakan sebagai bahan utama Ayam Masak Merah.
Kalau terkurang garam atau gula merah pun, rasanya cukup pas untuk dihidangkan bila dah ditambah dengan Sos Cili Maggi.
Baru-baru ni saya minta pendpat kawan-kawan di Facebook mengani sos cili yang paling sedap yang mereka selalu gunakan untuk masak Ayam Masak Merah. Ramai kawan-kawan yang sudi berkongsi cara masak ayam masak merah dan sos yang mereka gunakan.
Sedikit sebanyak boleh bagi idea juga pada saya nanti.
Sos yang sedap untuk Ayam Masak Merah
1. Sos Cili Maggi
Oleh sebab saya pun pengguna sos jenama ni jadi saya sangat setuju dengan cadangan sos ini sebagai sos terbaik untuk buat Ayam Masak Merah. Ianya memberi rasa yang seimbang pada kuah dan tak perlu masuk kan bahan perasa apabila menggunakan sos ini.
2. Sos Cili Kimball
Sos ini menjadi pilihan ramai sahabat saya. Bagi mereka sos ini memberikan kepedasan yang sesuai untuk juadah melayu. Sangat sedap bila dicampurkan dengan sos tomato Kimball. Rasa yang sempurna.
3.Sos Cili BGE FOOD
Sos cili Bge Food sangat sesuai untuk memasak Mee,Bihun dan juga Ayam masak merah . Perlu ditumis hingga pecah minyak untuk masakan lebih sedap dan menyelerakan.Untuk lebih menyedapkan Ayam Masak Merah campurkan dengan sedikit cili kering yang sudah dikisar halus.
4. Sos Cili Bumi Hijau
Sos cili bumi hijau angat sesuai untuk membuat Ayam Masak Merah. Lebih sedap lagi bila dicampurkan dengan tomato yang sudh dikisar haluss dan ditumiss bersama dengan Bawang sehingga naik baunya.
Tips masak Ayam Masak Meraah Paling Sedap
1. Masok kan Tomato yang dikisar atau pun masuk kan 2 sudu besar tomato puri supaya ada rasa sedikit masam. Tak perlu masuka kan banyak. Untuk seekor ayam cukup lah dengan 2 sudu tomato puri
2. Masuk kan sedikit kicap dan sos tiram jika ingin kan warna ayam maak merah yang menarik dan menyelerakan. Rassanya juga lebih sedap.
3.Jangan abaikan serai dan daun pandan kerana ianya memberi bau yang harum pada masakan kita.
4. Gunakan gula kabung berbanding gula pasir.Gula merah juga mampu menaik kan rassa ayam massak merah kita.
5. Jika suka kan pedas masuk kan cili kering yang dikisar kedalam masakan bersama sos cili.
selamat mencuba.
0 Ulasan