SELEPAS GSC DATARAN PAHLAWAN MELAKA DIDENDA RM45 RIBU, NETIZEN DEDAHKAN BANYAK LAGI KEDAI YANG MENCATUT HARGA BARANG | Sebuah syarikat pawagam, Golden Screen Cinema Sdn. Bhd. (GSC) dijatuhkan hukuman denda RM45,000 oleh Mahkamah Seksyen di sini semalam, atas kesalahan mencatut.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar berkata, pencatutan itu melibatkan penjualan air mineral 600 mililiter (ml) jenama Spritzer dan keropok kentang 75 gram (gm) jenama Mister Potato.
Pendedahan tersebut membuatkan beberapa individu tamPil mendedahkan ada banyak lagi kedai yang menjual barang dengan mengaut keuntungan yang berlebihan.
KEDAI YANG MENCATUT HARGA BARANG
Selain GSC, netizen mendedahkan TGV , Genting Skyword, Terminal Bersepadu Selatan, dan juga beberapa taman tema air juga mencatut harga barangan.
Beberapa tweet juga meminta agar penguatkuasa melakukan pemeriksaan harga makanan dan minuman disemua cawangan GCS dan TGV kerana rata-rata nya mencatut harga barangan.
Tidak terkecuali ada juga yang meminta pemeriksaan dan tindakan diambil terhadap kedai-kedai di dalam taman tema air.
Orang ramai digalak kan membuat aduan jika mendapati ada premis yang menjual barangan dengan mengambil keuntungan secara berlebihan. Aduan boleh dibuat di https://eaduan.kpdnhep.gov.my/kepenggunaan .
Pengadu mestilah menyertakan gambar resit bayaran, barangan dan premis tersebut agar siasatan dapat dilakukan dan tindakan segera diambil terhadap pengusaha dan peniaga yang mencatut harga barang.
0 Ulasan