REVIEW HIMALAYA HERBALS NOURISHING SKIN CREAM

REVIEW HIMALAYA HERBALS NOURISHING SKIN CREAM | artikel ni saya ulang siar dari blog lama saya , dianarashid.com. Memandangkan cream Himalaya ni antara cream yang bagus dan terbaik yang saya pernah guna jadi saya tetap nak kongsikan untuk pembaca-pembaca di blog baru saya ni. Packaging cream rasanya masih sama sampai sekarang. 

Himalaya Herbal Nourishing Skin Cream





Ini ialah produk dari negara U.A.E. Tengok di bahagian belakang cream ni lengkap dengan bahan yang terkandung dalam cream ni termasuk tarikh production dan tarikh luput. Jadi tak la kita was-was cream ni masih boleh guna atau tidak. Pastikan apabila korang beli cream ni ada pelekat Hologram dengan lambang H ada pada label di belakang cream.Rujuk gambar di bawah.


Bahan-bahan yang terkandung dalam Himalaya Herbals Nourishing Cream:-





water, mineral oil, Glycerin, Cetyl Alcohol,Cetearyl Ethylhexanoate,glyceryl stearate, dan banyak lagi..




Bahagian dalam nya di tutup rapi menggunakan kertas logam ni. Tak tahu apa tujuan nya . Mungkin juga nak menjaga kualiti kandungan cream semasa proses penghantaran.Maklum la, produk ni digunakan serata dunia. Jadi mungkin bila guna kertas fosil ni kandungan nya selamat.Tak terkeluar dari penutup nya..




HIMALAYA HERBALS NOURISHING SKIN CREAM ni berwarna putih. Lembut je cream dia. Cepat meresap ke kulit bila disapu. Cream ni bukan untuk kulit wajah tau.Tapi kalau korang ada kesan lecur ke, serangga gigit memang boleh sapu krim ni. Dia sejuk dan ada kandungan herba di dalam nya..

Krim ni untuk kegunaan luaran sahaja. Kebaikan cream ni ialah melembutkan , melembab dan mencerah kan kulit selain dari merawat kulit kita .Kalau korng alami masalah kulit kering yang serius memang sesuai guna cream ni terutamanya di bahagian tumit , lutut dan siku.

Mungkin ada yang tak kan berapa suka dengan bau nya sebab maklum la cream herba..kan? Ada bau herba yang kuat. Ada unsur-unsur india sikit bau dia tu.. Kalau tak salah saya bau bunga melur. Tapi kalau ikut saya ni bau nya sedap cuma tak wangi la. Kandungan dia pun ada ekstark kayu... Tapi jangan risau.. Baunya tu tak kekal lama. Dalam 5-10 minit bau tu akan hilang. Tak jadi hal la yang tu..kan??

ok..tu je..kalau nak try cream ni boleh la dapat kan di sini.   https://shope.ee/30ABKe02gD

Catat Ulasan

0 Ulasan