REVIEW DAN SINOPSIS : JAYESHBAI JORDAAR | Filem hindi lakonan Ranveer Singh, Boman Irani dan Shalini Pandey. Genre Comedy dan keluarga. Untuk aku filem ni cukup menghiburkan dan banyak babak yang menyentuh hati. Aku sangat suka filem ni sebab isu utama dalam filem ni ialah diskriminasi terhadap wanita dan bagaimana golongan ini yang sangat mementingkan anak lelaki sampai ada anak perempuan yang terpaksa digugurkan demi tradisi.
Review Jayeshbai Jordaar
Kalau nak tahu di India masih ada lagi tempat-tempat yang tak mahu anak perempuan lahir dalam keluarga mereka. Walaupun kerajaan mereka berkempen tapi maih belum cukup untuk bagi kesedaran pada segelintir rakyat mereka. Rasanya India patut fokus isu ni lebih lagi dengan lebih tegas . Jangan sibuk-sibuk dengan isu agama orang lain yang tak de kena mengena dengan mereka.
Apa yang lebih menarik lagi isu masyarakat yang terlalu percaya dengan pantang larang pun di titik beratkan dalam filem ni. Ada satu babak dimana mereka tak boleh melintas dekat laluan dimana kucing hitam melintas. Babak ni memang membuka mata untuk sedar pantang larang yang tak patut ada ni hanya menjadi penghalang pada kita.
Sangat bagus kalau orang lelaki dapat tonton filem ni dan dapat apa pengajaran yang nak disampaikan. Watak Jayeshbai baru lah boleh kita panggil wira. Ini baru lah lelaki sejati. Dia sangat-ssangat melindungi anak-anak dan isterinya tanpa menyakiti hati kedua orang tuanya.
Filem ni korang boleh tonton seisi keluarga.
Sinopsis Jayeshbai Jordaar
Jayeshbai Jordaar mengisahkan seroang lelaki yang berusaha untuk melindungi anak-anak dan isterinya dari bapanya sendiri yang inginkan Jayeshbai mempunyai anak lelaki.
Walaupun bapanya mahu dia mendidik isterinya dengan tegas namun Jayesh tetap menyayangi anak dan isterinya. Dihadapan bapanya dia berlagak seolah-olah dia suami yang tegas namun di hadapan isterinya dia sangat penyayang.
Selepas isterinya 7 kali hamil dan 6 kali terpaksa menggugurkan kandungan disebabkan semua kehamilan nya anak perempuan, Jayeshbai nekad kali ini dia mahu menyelamatkan anak perempuan dalam kandungan isterinya. Dia sedar perbuatan nya selama ini yang hanya mengikut kehendak bapanya adalah salah.
Jayeshbai inginkan tempat yang selamat untuk anak dan isterinya. Dia kemudian nya menemui satu tempat yang dikenali sebagai Laadopur. Tempat dimana perkampungan yang tidak mempunyai ramai wanita sehinggakan ramai lelaki yang tidak berkahwin dan merana. Lelaki-lelaki tersebut yang sanggup melindungi wanita dan menyanjung tinggi wanita membuatkan Jayeshbai nekad untuk membawa anak dan isteri nya lari dari rumah dan menuju ke Laadapor.
Sepanjang perjalanan menuju ke Laadapor berbagai halangan dan cabaran dilalui mereka akibat dari bapanya yang tak putus asa memburu isterinya.
Pelakon Jayeshbai Jordaar
0 Ulasan