REVIEW DAN SINOPSIS : DOCTOR LAWYER

REVIEW DAN SINOPSIS : DOCTOR LAWYER | Dah lama juga tak tonton drama lakonan So Ji Sub. Last drama dia yang aku tonton ialah Master's Sun. Kemudian tertunggu-tunggu juga drama lain. Tapi macam tak berapa menarik hati. Sampai la muncul drama Doctyor Lawyer ni, baru rasa nak tengok. 



Untuk drama ni aku paling suka jalan cerita dia. Aku memang minat cerita tentang balas dendam macam ni. Hujung-hujung macam dapat satu kepuasan. 

Sampai babak dia heret satu-satu orang yang aniaya dia, rasa puas hati betul. Dah la dia doktor, dia juga lawyer. Tak cukup hebat ke?? Hahah. Tak sabar nak tengok macam mana So Ji Sub jadi tak de empathy. 

Watak doktor jahat, Goo Jin Ki di pegang oleh Lee Kyoung Young. Aku rasa dia ni memang sajak betul bawa watak jahat. Ada tak drama dia jadi miskin dan kerja ladang? Teringin juga nak tengok. 

Pelakon-pelakon dalam drama ni semua muka-muka yang kita biasa tengok dalam Kdrama. Ni juga punca kenapa aku nak tengok drama ni.

Watak teman wanita Yi Han tu sahaja yang aku rasa macam tak sesuai la dengan dia. Awal-awal episod aku macam tak sangka dia diberi watak sebagai kekasih Yi Han. Tak de keserasian langsung.Lepas tu dia kan pendakwaraya. tapi nampak gelabah dan tak rileks la. Selalunya tengok kdrama , watak pendakwaraya ni mesti cool, tak tunjuk perasaan dia melalui raut wajah. Ni tidak, boleh nampak part kau gelabah, kau tak percaya, kau takut.. Ke watak nya memang macam tu???

Jalan cerita drama ni memang besst cuma macam tak logik la. Biasala, drama kan.. Contohnya yang tak logik: Jantung penderma di masuk kan ke Seok Joo. Lepas tu tak sampai beberapa jam, buka balik dan masuk ke pesakit lain. Tapi tu kan ke merosak kan jantung tu sebab ye la, nak buka nak jahit.. Semua kerja jadi dua kali. Rosak la organ tu. Tak tahu la kalau jantung kita ni macam plastik je. boleh tampal boleh cabut , boleh ubah kesana sini ikut suka..hahaha. Aku pun tak tahu yang tu. Kena ada pakar la yang sembang pasal ni.

Babak lain yang tak logik, masa Jayden overdose tu, eh boleh cuci darah kejap je. Pendakwaraya kat luar sembang berebut kunci, eh!!eh!!dia bangun dengan muka segar bugar. Hahah.. Tak pe la..nama pun hiburan..kan?


Ok..jom baca sinopis..

Sinopsis Doctor Lawyer

Han Yi Han seorang pakar bedah elit di Hospital Banseok. Dia juga bertindak sebagai doktor hantu kerana dia akan melakukan pembedahan yang tidak mampu disudahkan oleh Goo Hyun Sung, iaitu anak kepada Pengerusi Hospital Banseok. Ini supaya Goo Hyun Sung mempunyai rekod kedoktoran yang baik. 

Adik kepada kekasih Yi Han, Seok Joo memerlukan jantung baru. Pengerusi Hospital Banseok, Goo Jin Ki, menawarkan pembedahan jantung Seok Joo dipercepatkan kononnya ingin membalas jasa Yi Han. Dia juga melantik Yi Han sebagai ketua bedah kardiotoraks serta memberikan sejumlah wang tunai.



Rupa-rupanya Goo Jin Ki sudah merancang untuk menyingkirkan Yi Han. Yi Han di tuduh menyebabkan kematian Seok Joo. Kekasihnya yang juga seorang pendakwaraya memutuskan hubungan dengan Yi Han. 

lesen perubatan nya juga di tarik. Dia kemudian nya menyusun rancangan untuk membalas dendam kepada semuaa yang terlibat menghancurkan kerjaya dan keluarganya.

Pelakon Doctor Lawyer

So Ji Sub

Shin Sung Rok

Lim Soo Hyang

Lee Kyoung Young

Lee Joo Bin

Lee Dong Ha

Woo Hyun Zoo

Kim Ho Jung

Choi Duk Moon

Catat Ulasan

0 Ulasan