RESEPI NASI DAGING SIMPLE TAPI SEDAP | Nasi daging memang terkenal di belah utara ni. Saya ni pun sejak duduk Penang ni la baru tau ada nya nasi daging ni. Rasa nya memang sedap. Tak payah banyak-banyak lauk .Makan dengan air asam je pun dah cukup menyelerakan. Kalau nak letak kuah, buat la kari daging ke, ayam masak merah ke.. Untuk kali ni saya masak nasi Daging dengan Kurma Daging. Resepi Nasi Daging Simple
Suami kata kalau ada acar timun dan nenas lagi meletop..hahaha..Tapi malangnya nenas tak de pulak . Masak secara mengejut jadi macam ni la..semua nya tak de..Air asam pun tak de sebab tak de tomato dan kerisik.jadi untuk kali ni saya kongsikan cara masak Nasi Daging yang paling mudah tapi Sedap .Resepi nasi daging viral
Untuk kuahnya korang boleh kawan kan dengan kuah apa saja.Cuma kuah ikan je la yang macam tak berapa sesuai..heheheh..Tapi kalau nak try apa salah nya..masuk mulut, kunyah2 hancur jugak..kan??Untuk resepi daging dan air asam korang boleh tengok di sini.(klik)
Resepi Nasi Daging Yang simple Tapi Sedap
Resepi nasi daging sangat popular di Utara. Berikut adalah resepi dan cara penyediaan nya.Bahan-bahan A:-
1/2 kilo daging di potong 1 inci besar
1 inci halia
5biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5 cawan air
Bunga lawang
bunga cengkih
kulit kayu manis
3 biji buah pelaga.
Garam
Bahan-bahan B:-Resepi Nasi daging guna beras biasa
5 cawan beras -beras biasa pun tak pe
1 helai daun pandan
1tin Susu cair
2 sudu besar rempah sup
2 sudu besar Majerin
Cara-cara mmebuat nasi daging utara.
Mula2 kena buat air rebusan daging.Kita guna bahan-bahan A dulu.
Kisar bawang merah, halia dan bawang putih bahagikan kepada 2 bahagian
Panas kan 2 sudu besar minyak dan tumis buah pelaga, bunga lawang , kulit kayu manis dan bunga cengkih .
Masuk kan bahan kisar yang 1 bahagian tadi dan masak hingga garing..
masuk kan air dan daging..
Masak hingga mendidih dan masuk kan garam secukup rasa.Masin sikit tak pe sebab nanti nak masuk kan nasik.Agak2 la anggaran garam tu ..
Lepas dah masak air rebusan daging kita nak masak nasiknya pulak..Kita gunakan bahan B
Cara masak nasi daging.
Basuh beras dan toskan..
Dalam periuk panaskan majerin dan tumis 1 lagi bahagian bahan kisar tadi sampai garing.
Masuk kan rempah sup bersama 1 cawan air..
Tumis sampai rempah naik minyak dan garing.
masuk kan beras dan daun pandan..
Kacau dan masuk kan air rebusan daging bersama dengan daging nya sekali.
Masuk kan juga susu cair .
Kalau masak guna periuk elektrik lagi mudah..
Tapi kalau masak guna dapur gas/atas api tu pandai2 la jaga api..
**Jumlah air rebusan yang dimasuk kan bergantung pada sukatan dan jenis beras.
Cara saya masak simple je..Tapi rasanya tetap sedap..Biasanya ada yang masuk kan kiub ayam semasa tumis bahan kisar untuk nasi tu.Tapi saya tak suka..kalau korang nak letak apasalah nya..mesti la lagi sedap ..kan?Kiub ayam tu kan ada MSG ni..
Bila nasi dah masak boleh la dihidangkan dengan air asam dan daging bakar. Resepi nasi daging air asam.
selamat mencuba ..

0 Ulasan