RESEPI KURMA DAGING YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP



RESEPI KURMA DAGING YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP | Tiap kali ada jemputan kenduri saya paling terbayang-bayang Kurma Daging .Masa saya kecil-kecil dulu memang tak makan masak kurma tapi bila dah kawen ni saya jadi suka pulak dengan hidangan masak kurma terutamanya Kurma Daging . 

Saya pernah hadiri satu majlis perkahwinan kawan sekerja suami saya.Hidangan Kurma Daging yang paling sedap sekali , memang sampai sekarang saya tak lupa.Sedap sungguh..entah apa la yang tukang masak tu letak?...kalau tahu siapa tukang masaknya dah lama minta resepi.hehehh



Kalau kat rumah ni jarang-jarang saya masak Kurma Daging sebab anak2 kurang gemar.Saya pulak tak makan nasi.Kalau saya masak , suami je la yang makan.Untuk anak-anak kena la masak benda lain pulak.




Bagi yang tak tahu macam mana nak masak Kurma Daging yang paling sedap ini saya sediakan resepinya yang mengikut selera orang utara. Kurma Daging utara ni memang sangat sedap dan mengikut pengalaman saya merantau dibanyak negeri, kurma daging utara lah paling sedap.

Resepi Kurma Daging Yang paling Sedap


Hidangan untuk 6 orang


Bahan-Bahannya..
1/2 kilo daging
2 sudu besar Rempah Kurma
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 kuntum Bunga lawang
2 kuntum Bunga Cengkih
1 batang Kulit kayu manis
3-4 biji Buah pelaga
1 inci Halia
5 ulas Bawang Merah
5 ulas bawang Putih
3-4 biji Cili Merah dan hijau
2 biji Ubi Kentang
1 keping asam gelugur
garam
1 senduk kecil minyak untuk menumis


Cara-Caranya masak Kurma Daging Utara:-


Potong daging dengan ukuran 1 inci.

Bawang merah , bawang putih , ubi kentang dan cili merah dan hijau dibelah dua.

Panas minyak dalam periuk dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga.

Masuk kan semua bahan-bahan yang sudah di belah dua.

Kemudian masuk kan rempah kurma kacau sedikit dan masuk kan air .

Masuk kan juga daging dan asam keping.

masak hingga mendidih dan kemudian masuk kan santan.

Masak hingga daging dan ubi lembut.(api sederhana)

selepas ubi dan daging lembut masuk kan garam dan siap untuk dihidangkan..


Ada orang suka kuah kurma yang pekat dan ada yang suka cair..Saya lebih suka yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair..Kalau suka pekat boleh masak lama sikit sebab lama2 nanti bila minyak dia naik memang jadi pekat la kuah nya..kalau suka cair boleh tambah air sikit dan didihkan dengan api besar sekali lagi..

Catat Ulasan

0 Ulasan