RESEPI BROWNIES SIMPLE MESTI JADI YANG PALING SEDAP DAN MUDAH.

RESEPI BROWNIES SIMPLE MESTI JADI YANG PALING SEDAP DAN MUDAH | Membuat brownies memang cukup mudah dan simple. Cara penyediaan yang ringkas,cepat dan menggunakan hanya sedikit bahan. Tapi Rasanya cukup sedap dan membuatkan ramai yang meminati makanan ini. Berbagai tips dan rahsia dikongsi ramai untuk menghasilkan brownie simple tapi sedap.

Brownies simple




 Ada yang kata tak boleh pakai coklat murah dan sebagai nya untuk hasil kan kedut tu.Sebenarnya pakai coklat murah pun menjadi..tak nak pakai butter tapi nak pakai majerin pun menjadi kedut nya.Ada teknik yang betul juga.Kalau tak boleh guna colat murah kesian orang yang tak mampu tu tak merasa la nak makan brownies.. :) Cuma coklat tu kena banyak tau.Coklat murah tak la sesedap coklat mahal..kan??



Letak la serbuk coklat yang harga RM5 sepaket pun akan jadi kedut nya dengan menggunakan teknik yang saya ajar ni..Tak susah pun.caranya ialah coklat cair tu dimasuk kan last sekali.Tak payah selang seli ke apa..Last sekali baru masuk kan coklat yang dah dicairkan tu.Kacau ala kadar je dan kemudian baru bakar.

BACA: RESEPI NASI DAGING SIMPLE TAPI SEDAP

Coklat cair tu pulak jangan la terlalu sejuk.Panas2 lagi bagus.Kalau tak percaya nanti try ok..

Brownies simple



BROWNIES SIMPLE MESTI JADI YANG PALING SEDAP DAN MUDAH.

Brownies saya ni menggunakan sukatan gram. Tapi kalau korang nak resepi brownies sukatan cawan boleh tukar gram kepada sukatan cawan . Rujuk pada gambar di bawah

gram to cup



Bahan-bahan 

150g mentega (kalau nak pakai majerin pun boleh)
100g Gula Perang
100g Gula kastor
100g Tepung Gandum
70g serbuk Coklat
250g Coklat compound
1 sudu besar baking powder
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara-caranya:

Panas kan Oven dulu

1-Pecah-pecahkan coklat compound dan masuk kan kedalam bekas bersama mentega yang dah dipotong2.Tujuan di potong2 ni supaya cepat cair.Guna la cara apa pun untuk cair kan coklat tu.Tapi yang terbaik guna kaedah double boiler untuk cair kan coklat ni.Tak tahu macam mana kaedah double boiler tu sila google.Bila dah cair tinggalkan je kat situ.Tutup la api tu..:p.Coklat kena banyak..kalau sikit memang tak sedap kot..


2- Dalam bekas lain ayak tepung gandum bersama serbuk coklat dan baking powder.Ketepi kan..

3- Dalam bekas yang lain kacau telur bersama , gula perang, gula kastor dan esen vanila.kacau2 je telur tu bagi dia sebati dengan gula sikit2..tak payah beria2 sangat..sayangi lah lemak2 di lengan korang ye..hahah

4- Kemudian masuk kan tepung yang diayak tadi kedalam telur ..Kacau sebati.masuk sikit2 lepas tu kacau..masuk sikit lagi kacau lagi sampai habis tepung.



5- Bila tepung dah sebati masuk kan coklat cair.Yang ni korang kacau guna senduk kayu je.Pastikan adunan tak cair tak pekat.Kalau coklat cair tu masih panas memang senang nak kacau bagi sebati.Yang jadi masalah kalau coklat tu sejuk.Nanti nak kacau tepung pun, keras je rasa nya..Bukan tak jadi brownies nya..jadi juga cuma masa nak kacau tu lenguh la tangan sebab adunan keras.

6- Ambil dulang dan lapik kan dengan kertas baking.Pastikan ada lebihan kertas keluar loyang sebab nanti senang nak keluarkan brownies.Tarik je kertas tu bila dah masak nanti.Brownies bukan macam kek yang boleh kita terbalik kan suka hati.Nanti patah tak cantik la..habis la kedut dia tu..

7- Bila dah alas kertas baking masuk kan adunan dalam loyang saiz 10x10. Ni untuk ketebalan dalam 3cm .kalau nak tebal lagi boleh guna loyang 8x8 ..

8- Oven dah panas,Boleh masuk kan ke dalam oven .Bakar selama 30-40 minit dengan suhu 170.nak tahu masak ke tidak cucuk bahagian tengah brownies dengan lidi.kalau tak de apa2 yang melekat pada lidi tu maknanya masak sempurna.Boleh juga gunakan air fryer untuk membakar brownies Cuma gunakan suhu yang rendah dan masa yang lama. 



Brownies simple

9- Sejuk kan dulu brownies sebelum di potong dan dihias .Hias la ikut idea dan selera korang. Boleh google untuk dapatkan idea2 mendeco brownies yang cantik-cantik. Simple je resepi ni kan? Brownies simple ni juga lembut dan sedap sangat. 

Kalau dah buat brownies guna resepi ni jangan lupa bagi gambar pada saya,.Kita share dengan kawan-kawan lain..Okey..

Selamat Mencuba...


Catat Ulasan

0 Ulasan