PERLUKAH SUAMI MINTA IZIN ISTERI JIKA HENDAK BELI BARANG YANG SUAMI SUKA




PERLUKAH SUAMI MINTA IZIN ISTERI JIKA HENDAK BELI BARANG YANG SUAMI SUKA | Dalam islam duit suami adalah juga duit isteri.Tapi itu tak bermakna isteri boleh sesuka hati menggunakan wang suami dan mengatur segalanya. Ianya perlu juga mendapat keizinan suami kerana itu juga adalah sebahagian adab yang isteri perlu jaga dalam rumahtangga demi keharmonian bersama. 


Disebabkan duit suami adalah duit isteri ramai isteri yang merasakan jika suami mahu membeli barangan yang suami suka , perlu untuk suami meminta kebenaran isteri. Korang setuju ke tidak.??



Memang diakui ada isteri yang cukup mengawal ketat duit suaminya. Isteri tak kerja, duduk rumah, suami je yang kerja. Suami dapat gaji terus bagi semua kat isteri. Isteri terus bahagi2 kan duit, belanja sekolah, belanja dapur, duit simpanan, bayar rumah, bil dan sebagainya.Sebab itu bila suami nak beli barang apa2 terpaksa minta izin isteri. Sampai nak pergi kerja pun minta duit belanja kat isteri.





Alangkah baiknya kalau suami bagi duit bil, belanja dapur , duit belanja sekolah anak atau yang lain-lain je pada isteri. Kemudian suami simpan lah sendiri duit untuk belanja dan simpanan keluarga. Saya tak kata bagi semua kat isteri tu salah.. Boleh je buat asalkan suami suka dan korang bahagia. 

Tapi keburukan nya ialah suami tak ada peluang untuk beli barang yang dia suka. Lagi2 bila minat suami isteri tu berbeza. Baru bagi cadangan nak beli akuarium, sebab suami suka ikan..terus isteri kata .. "tak payah la..baik beli benda makan, lagi kenyang..."



Biarlah dia saja yang menguruskan wang dia dan menjalankan tanggungjawab dia sepenuhnya. Suami kita pun bukan budak kecik sampai duit sendiri pun isteri nak kena jaga. 

Cukup-cukup lah masa kecil je dia jadi budak. Dah berkahwin ada anak-anak biarlah dia tentukan sendiri apa yang dia nak beli dengan duit dia.Kalau dia boros ingat kan dia, kalau dia terleka sampai abaikan hal kewangan dalam rumah tegur dia baik-baik.



Suami cukup jalan kan tanggungjawab nya dan isteri tak de hak nak larang suami beli apa yang dia suka. Lain la kalau benda tu memudaratkan kesihatan dan orang lain atau yang menyalahi undang-undang. Isteri pun kena lah berfikiran terbuka dengan minat dan hobi suami..kadang2 minat suami tu, tak masuk langsung dengan jiwa kita,tapi cuba la menyokong sikit...baru lah suami sayang.. kan?

Catat Ulasan

0 Ulasan