PENGALAMAN GUNA GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM YANG MAMPU MEMUDARKAN JERAGAT KURANG DARI SEMINGGU

PENGALAMAN GUNA GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM YANG MAMPU MEMUDARKAN JERAGAT KURANG DARI SEMINGGU | Aku dah cuba produk baru dari Garnier iaitu Garnier Bright Ampoule Serum. Tengok dekat facebook dan tiktok, ramai yang kata dah cuba. Terlintas la nak try sebab masa tu aku tengah cari produk yang boleh jadi backup skincare untuk serum yang aku pakai sekarang. 



Sekarang aku masih pakai Serum Safi Youlth Gold Lifting. Aku ada review serum tu tak lama dulu. Boleh la baca kalau nak cuba. 

Serum yang aku pakai sekarang memang buat kulit lembab dan ianya khas sebagai anti penuaan. Jadi aku tambah dengan penggunaan Garnier Bright Complete Ampoule serum ni untuk halang bintik hitam dan aku nak ceritakan pengalaman aku gunakan Serum dari Garnier ni.

Garnier Bright Complete Ampoule serum hilangkan bintik hitam

Bila makin berusia ni tak mampu nak elak bila munculnya jeragat di pipi. Aku sendiri alami masalah ni walaupun bintik hitam tak ketara dan aku bertindak cepat menggunakan Serum dari Garnier. Awalnya aku macam tak percaya juga dengan produk ni tapi kita kena la cuba sebelum menyerah. 

Seminggu saja aku cuba dan Alhamdulillah bintik hitam tu memudar. Sekarang kalau aku keluar, aku sapu bedak nipis je dan boleh tutup kesan hitam kat pipi. Aku masih gunakan serum ni sekarang dan aku rasa satu kotak je lagi, bintik hitam akan hilang sepenuhnya.

Aku guna serum ni hari-hari.Memang tak culas walau sehari pun. Sekali waktu pagi dan sekali waktu malam. Benda ni dalam satu tiub boleh pakai 2 orang. Aku share la dengan suami.Hahah.. Tak pasal-pasal dia pun kena berserum juga malam-malam. 1 tiub tu nampak macam kecil tapi banyak jugak. 


Dalam satu kotak ada 16 tiub. sehari pakai 2 kali. Pagi dan malam selama 7 hari


Aku siap gunting tiub dia sebab sayang la ada je lagi serum kat dalam tu. Tak kan nak buang. Benda kalau rm2 tak pe la nak buang je..kan??Hahhaha...

KESAN PENGGUNAN GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM

Kesan dia korang boleh nampak masa hari pertama lagi. Lepas 5 minit korang pakai hari pertama kulit korang nampak cerah. Tapi bagi aku dia bukan nampak cerah putih tu tapi dia macam melembabkan kulit. Sebab tu kulit nampak macam berseri dan cerah. Korang tidur dan bangun esok pagi, memang nampak la wajah korang glowing dan cantik gebu gebas.

Berbeza bila kulit kita kering tanpa apa-apa produk,kulit akan nampak kusam dan tak bermaya. So bukan lah cerah putih . Cuma kulit lembab dan berseri je. Itu apa yang aku alami masa hari pertama pakai. 

Keadaan tu cuma masa hari pertama pakai. Kalau korang stop pakai, kulit jadi biasa balik. Sebab tu untuk kekalkan lembab dan berseri tu korang kena pakai sampai hari ke 6. Lepas hari ke 6 korang akan nampak jelas perubahan kulit wajah korang walaupun korang dah stop pakai serum ni.


Ni gambar aku tak de filter  bagai. Tengah panas sampai berkerut dahi tahan panas. Makeup semata-mata compact powder dengan lipstik aja. Ni masa kat Perlis 5 hari lepas. Keluar dari masjid sempat pakai bedak je sebab nak tengok pantai. Tak de jeragat kan??

Aku memang puas hati la dengan Serum Ganier ni. Sesuai dengan kulit aku.


Aku dah beli satu kotak lagi. Maknanya aku nak guna lagi satu set la untuk hilangkan terus jeragat ni supaya lepass ni tak muncul lagi bintik hitam dan jeragat tu.

GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM UNTUK MASALAH JERAGAT DAN BINTIK HITAM

Tu saja lah yang aku nak cerita untuk korang pasal Serum Garnier ni. Aku rasa benda ni sesuai kalau korang dah berusia 40 keatas atau untuk korang yang alami kulit wajah kering dan mula ada jeragat-jeragat baru. Kalau jeragat lama dan besar aku pun tak pasti sesuai ke tidak. 

Sejak usia dah masuk 40, aku sejenis yang tak suka tunggu-tunggu bila ada masalah kulit. Kalau hari ni aku ada masalah kulit kering, hari ni jugak aku usahakan untuk rawat. Agaknya sebab tu aku tak pernah ada masalah kulit yang serius. Kalau bermasalah terus boleh selesai dengan guna produk yang tepat.

Yang penting elak kan guna produk tak berdaftar , tak de kelulusan, atau produk timbang kilo dari founder muka putih mayat.

Bagi yang berminat nak beli ni detail produk Seerum Garnier:



Produk:  Garnier Bright Ampoule Serum

Kandungan: AQUA / WATER , NIACINAMIDE , GLYCERIN , PEG/PPG/POLYBUTYLENE GLYCOL-8/5/3 GLYCERIN , BUTYLENE GLYCOL , ASCORBYL GLUCOSIDE , METHYL GLUCETH-20 , LINALOOL , GERANIOL ,CARBOMER , TRIETHANOLAMINE , PARFUM / FRAGRANCE , SODIUM HYALURONATE , PHENOXYETHANOL , LIMONENE , CAPRYLYL GLYCOL , CITRUS LIMON FRUIT EXTRACT / LEMON FRUIT EXTRACT , BIOSACCHARIDE GUM-1 , POLYSORBATE 20 , BENZYL SALICYLATE , BENZYL ALCOHOL , CI 19140 / YELLOW 5

Harga GARNIER BRIGHT COMPLETE AMPOULE SERUM : RM53.

Guardian, Shopee, Lazada dan Watson serta mana-mana pasaraya.


Catat Ulasan

0 Ulasan