NIAT SOLAT AIDIL ADHA DAN CARA LENGKAP SOLAT SUNAT AIDIL ADHA

NIAT SOLAT AIDIL ADHA DAN CARA LENGKAP SOLAT AIDIL ADHA | Cara-cara Dan Niat solat Aidil Adha Beserta maknanya



Solat Aidil Adha dilaksanakan umat Islam pada tanggal 10 Dzulhijjah selepas terbitnya matahari hingga sebelum masuk waktu zohor iaitu kira-kira pukul 8.00 pagi hingga sebelum masuk zohor.

Hukum melaksanakan solat Aidil Adha adalah sunat muakkadat atau sangat dianjurkan bagi lelaki ataupun perempuan. 

Dalam solat sunat Aidil Adha tidak didahului dengan laungan azan ataupun iqamat. 

Cara Dan Niat solat Aidil Adha Beserta maknanya

Digalak kan untuk melakukan solat sunat Aidil Adha atau solat sunat Raya haji ,pada waktu awal untuk memberi laluan pada masyarakat yang hendak melakukan ibadah korban  selepas khutbah solat. 

Solat Sunat Aidil Adha dilakukan sebanyak dua rakaat secara berjemaah dan disusuli dengan khutbah . Namun jika terlambat datang atau mengalami halangan lain untuk menyertai jemaah solat, anda boleh melakukan nya secara sendirian (munfarid) di rumah. Ianya lebih baik daripada tidak melakukan nya langsung.

Berikut  adalah Cara Dan Niat olat Aidil Adha Beserta maknanya: 


1. Niat solat Aidiladha


 Solat didahului dengan niat yang berbunyi :

 Lafaz Niat dibaca makmum:



 “Usolli Sunnatan Li idilAdha Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala ”

maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala


Niat jika solat sendirian:




"Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini Adaan Lillahi Taala"

Maksudnya: 

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat tunai kerana Allah Taala.


Niat yang dibaca imam:



"Usolli Sunnatan Li ‘idilAdha Rak’ataini imaman Lillahi Taala"

Maksudnya:

Sahaja aku sembahyang sunat Aidiladha dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala




2.  takbiratul ihram 

Sepertimana solat fardu, selepas membaca doa iftitah, takbir dilafazkan sebanyak tujuh kali.

Setiap kali mengangkat takbir disusuli dengan bacaan tasbih



 "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim "

Maksudnya:


Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.


3. membaca Surat al-Fatihah. 

Jika solat berjemaah, Surah Al- Fatihah dibaca selepas imam habis membaca.

Jika solat berssendirian, selepas baca surah alfatihah bacalah salah satu surah dari al-quran
 
Kemudian rukuk dan sujud seperti biasa.. Duduk di antara dua sujud, dan seterusnya hingga berdiri seperti soalt fardu biasa.
 

4. Takbiratul ihram 5 kali

Dalam posisi berdiri lafaz takbir lagi sebanyak lima kali.

Setiap kali mengangkat takbir disusuli dengan bacaan tasbih

 

 

 

Kemudian teruskan rukuk, sujud, dan seterusnya hingga memberi salam. 


5. Mendengar Khutbah

Apabila melakukan solat sunat Aidil Adha secara berjemaah, jemaah perlu mendengat khutbah yang dibacakan 

Ketika Aidil Adha umat Islam digalak kan untuk memperbanyakkan takbir.

Takbir raya dibaca pada subuh hari Arafah ,9 Dzulhijjah hingga selesainya hari tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 dzulhijjah.

Takbir hari raya Aidil Adha dilakukan setiap kali selesai solat fardu.

Catat Ulasan

0 Ulasan