KENAPA ISTERI DAH CANTIK TAPI LELAKI MASIH MELIRIK WANITA LAIN

KENAPA ISTERI DAH CANTIK TAPI LELAKI MASIH MELIRIK WANITA LAIN | Semalam ada baca status sorang adik kat facebook yang pelik kenapa lelaki ni dah ada bini punya la cantik meleleh, tapi dia masih lagi melirik wanita lain. Padahal wanita lain yang dia curi pandang tu tak secantik bini dia... Maka terhasil la entry ini yang kita akan ceritakan tentang kenapa lelaki masih curi pandang wanita lain walaupun sudah ada pasangan.



Lumrah manusia memang suka tengok benda dan perkara yang berbeza dengan yang hari-hari dia tengok. Mungkin sekadar nak buat perbandingan , nak mencari kelainan atau sekadar suka-suka atau tabiat yang sukar di buang. Tapi bukan bermakna sikap mereka tu adalah kerana jemu pada pasangan mereka. 



Selalunya wanita yang mereka curi pandang ni adalah wanita yang penampilan nya berbeza dengan pasangan mereka sendiri.



Isteri pula jangan la bila suami curi pandang wanita lain , terus merajuk dan marah-marah. Tetap tenang dan tersenyum kerana cara itu lah yang membuatkan suami kagum dan sayang pada anda kerana mereka tahu perkara sekecil itu tak kan menghapuskan kepercayaan anda pada diri nya. 


Itu juga membuktikan anda bukan lah jenis wanita yang cemburu buta. Ada wanita yang melenting dan merajuk jika suami bersikap sedemikian membuatkan suami rimas dan merasakan wanita sebegini hanya asyik bergantung pada dirinya dan terlalu obses pada nya. Ramai lelaki yang suka pada wanita yang tidak terlalu menunjuk kan perasaan sebenar mereka.



Bagi seorang lelaki yang mudah tertarik pada wanita hanya dalam beberapa saat, dia juga akan mudah melupakan wanita itu hanya dalam beberapa saat. Tidak akan terjadi cinta pandang pertama pada lelaki sebegini. Jadi jangan risau ye adik-adik.. Tak ada apa yang mampu mengubah cinta nya pada anda.

Tapi kalau anda tak suka juga dengan sikap sebegitu cari saja lelaki lain yang boleh menunduk terus pada anda. Itu pun kalau jumpa ....Kalau tidak membujang saja sampai bila-bila..heheheh...

Catat Ulasan

0 Ulasan