INI DIA HOTEL PALING BERHANTU DI INDONESIA

INI DIA HOTEL PALING BERHANTU DI INDONESIA | Seorang pembaca hubungi saya dan menceritakan kenangan dia bermalam di Hotel Niagara, Malang,Indonesia. Apa yang paling menakutkan pengalaman 1 malam itu baginya sangat panjang dan tidak mahu diulang lagi.


Kisahnya berlaku pada tahun 2015 ketika itu dia bersama bebrapa rakan mengunjungi hotel yang terletak berdekatan dengan pusat kota Malang.

Awalnya tak ada apa2 yang berlaku tapi bila lewat malam bermacam-macam bunyi yang menyeramkan mula kedengaran hinggakan mereka tak dapat melelapkan mata.Bunyi wanita menangis, bunyi orang berjalan, bunyi pintu diketuk bertalu-talu dan paling menakutkan mereka terdengar seperti ada seseorang di dalam bilik air mereka.





Bilik Hotel besar tapi menyeramkan 

Saya cuba cari sedikit maklumat berkaitan hotel ini dan apabila saya membaca review-review yang ditulis oleh mereka yang pernah menginap dan datang ke hotel ini , saya rasa hotel ini memang ada kisah mistik nya.Waktu saya google nama hotel ni pun, di halaman pertamanya saja dah memberi gambaran yang hotel ini berhantu.



"...Bilik yang besar dan agak menyeramkan..."




"Hotel tua yang angker, tidak sesuai diiklankan di Agoda.."


"..Tak jadi menginap kerana anak menangis dan tak mahu turun dari mobil.."




Sedikit sejarah mengenai Hotel Niagara Malang , Indonesia.. Bangunan tua ini didirikan pada tahun 1918 oleh seorang arkitek Brazil, bernama Fritz Joseph Pinedo. Hotel ini memang cantik dengan rekaan lama yang unik. Dan rata-rata yang menginap disini sangat suka kan suasana nya yang tenang .

Awalnya bangunan ini dibina sebagai kediaman sebuah keluarga Tionghua Yang kaya berNama Liem Sian Joe. Selepas beberapa ketika keluarga ini berpindah ke Belanda dan bangunan ini mula bertukar tangan dari satu keluarga ke keluarga lain..

Siapa yang suka dengan kisah2 mistik dan misteri ni sesuai la menginap di hotel Niagara , Malang , Indonesia ni. Yang tak tahan boleh la pilih hotel lain yang lebih selesa,Banyak review yang kata barang2 macam langsir dan sebagainya pun nampak agak usang dan lama. Tak sesuai untuk bawak anak-anak.

Catat Ulasan

0 Ulasan