GAMBAR RITUAL MENEBUS DOSA DI FILIPINA

GAMBAR RITUAL MENEBUS DOSA DI FILIPINA |Fuhh!!seram tengok gambar-gambar ritual yang dilakukan penganut katolik di Filipina ni. Satu ritual menebus dosa diadakan oleh penganut Katolik di Filipina . Gambar diambil pada April 2017. Sempena Good Friday , Setiap tahun beribu-ribu pelancong asing dan tempatan beratur menunggu ditepi jalan-jalan untuk menonton ritual di San Fernando,utara Manila, dan pinggir bandar Mandaluyong, di timur Manila.




Pihak gareja kerap kali memberi amaran kepada penganut katolik supaya tidak melakukan ritual tersebut kerana ianya bercanggah dengan ajaran mereka namun kerana ianya tradisi rakyat tempatan ritual tersebut tetap diadakan oleh segelintir penganut katolik.

Dalam ritual ini para lelaki akan memukul dan menyiksa diri mereka sendiri hingga luka dan berdarah sebagai tanda menebus dosa.Sambil berkaki ayam mereka akan mengikat diri mereka di kayu dan ada yang menyebat diri sendiri dengan besi dan kayu tajam sebagai tanda menebus dosa-dosa mereka, dan mencari kehidupan yang lebih baik .

credit pic: Dailymail
































Good Friday di sambut penganut katolik di seluruh dunia.Jika di Filipina mereka menyambutnya dengan menyiksa diri sendiri berbeza pulak di England apabila tradisi menggolek kan telur diadakan.

Tradisi ini sudah dilakukan sejak beratus tahun dahulu .Telur yang sudah di hias cantik akan digolek kan. Ianya lebih kepada acara suka kerana pemenang akan mendapat hadiah. Acara ini di tunggu-tunggu setiap tahun oleh kanak-kanak.






Catat Ulasan

0 Ulasan