CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA DI TUBUH DAN WAJAH ANDA

CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA DI TUBUH DAN WAJAH ANDA | Dulu saya ada tahi lalat di atas bibir. Walaupun ramai yang kata pemanis la, nampak comel la. Tapi ada juga yang mengejek dan jadikan bahan lawak. Saya rasa tak selesa . Lagi-lagi bila jumpa orang , part tahi lalat tu yang di tegur. Rimas tau.. Jadi saya ambik keputusan untuk buang saja tahi lalat tu..Sekarang cuma ada parut saja.




Tahi lalat memang boleh dibuang tapi ianya bergantung kepada keadaan tahi lalat tu.Ada juga tahi lalat yang tak boleh dibuang sebarangan kerana dikhuatiri ianya adalah kanser kulit .Sebelum nak buang tahi lalat pastikan korang lakukan dulu pemeriksaan doktor.

Selain melakukan pemeriksaan doktor boleh juga lakukan pemeriksaan sendiri dirumah. Saya akan terangkan bagaimana nak lakukan pemeriksaan pada tahi lalat untuk tahu sama ada tahi lalat tu adalah kanser kulit atau pun tidak.


CIRI-CIRI TAHI LALAT YANG MERBAHAYA




gambar 1



Tahi lalat ada bermacam warna, ada coklat, hitam dan kebiruan. Ada yang bentuknya flat dan yang timbul. Tahi lalat yang tidak merbahaya dan tak patut dicurigai ialah yang tidak membesar, tidak timbul dan warnanya tidak terlalu gelap. Kalau flat atau rata tapi membesar, itu kena dapatkan pemeriksaan doktor juga. Rujuk gambar diatas.. Bahagian bertanda A adalah tahi lalat yang tidak merbahaya.Manakala bahgian B ialah tahi lalat yang merbahaya.


Perlukah melakukan pemeriksaan pada tahi lalat?


Untuk mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang ada kanser kulit harus melakukan pemeriksaan setiap sebulan sekali. Tapi bagi yang tak de sejarah keluarga terkena kanser kulit perlu lakukan pemeriksaan 3 bulan sekali. Kadang2 kita ni bukan sedar pun ada tahi lalat baru yang tumbuh di tubuh badan kita..kan??Sebab tu kena lakukan pemeriksaaan sendiri di setiap tubuh kita terutamanya dibahagian yang tersembunyi dan sukar untuk dilihat.



Cara yang paling mudah ialah berdiri dihadapan cermin dan perhatikan setiap bahagian anggota badan dengan teliti.Jika ada tahi lalat yang mengalami perbezaan bentuk ,saiz , rasa gatal berdarah dan warna yang berbeza sila dapatkan pandangan dan nasihat doktor.

Berikut adalah penerangan contoh gambar bentuk tahi lalat yang merbahaya dan patut dicurigai...Rujuk gambar 1 diatas untuk lebih jelas





A-Bentuk nya tidak simetri. Ianya juga seolah-olah bertaburan tapi rapat2,
B-Bahagian tepi tahi lalat samar-samar dan tidak jelas warnanya.
C-Terdapat warna lain yang ketara pada tahi lalat
D-Tahi lalat lebih besar dari 1/4 inci
E-bentuknya berubah-ubah dari segi ukiran dan warna

Kebiasaan nya kanser kulit melanoma pada lelaki kerap berlaku di bahagian belakang manakala pada wanita pula kanser kulit melonoma berlaku di bahagian Kaki. 

Kanser kulit Melanoma adalah yang paling merbahaya dan paling cepat merebak. Jadi dapatkan rawatan segera dan kerap-kerap lah memeriksa tahi lalat pada tubuh badan .

Catat Ulasan

0 Ulasan