CARA BETUL PERAM BUAH MANGGA SUPAYA CEPAT MASAK DAN MANIS

Artikel ini adalah ulang siar dari blog lama penulis iaitu dianarashid.com


CARA BETUL PERAM BUAH MANGGA SSUPAYA CEPAT MASAK DAN MANIS | Baru-baru ni saya ada beli mangga muda .Terima kasih untuk akak Rosmawar sanggup datang jauh2 nak hantar buah mangga .Bukan mengidam tau tapi saya ni memang penggemar buah mangga. Sentiasa ada je buah mangga kat dalam peti sejuk tu.Kadang-kadang saya peram mangga muda tu.Bila dah masak , potong dan simpan dalam peti sejuk.


Esoknya makan waktu cuaca panas-panas.Memang best.Buah mangga yang masih muda tu di buat jeruk pun sedap..kan??

Bagi yang suka kan kerabu, mangga muda juga sangat sedap jika dibuat kerabu mangga. Rasa pedas dan masam memang membuatkan selera terbuka. Seain itu boleh juga dibuat jeruk.   



Mangga ni masih muda lagi. Saya asingkan yang kecil2 tu untuk biar je dia muda.Saya ni mangga muda pun saya makan tau..Apa lagi kalau dah masak.Lagi la suka.Tapi kalau nak masak kita kena la peram dulu.

Saya nak tunjuk macammana cara betul nak peram buah mangga supaya cepat masak dan rasanya manis.


Apa yang korang perlu ada ialah surat khabar dan buah mangga. Buah mangga tu tak payah dibersih kan.cuma lap2 sikit.Jangan bagi basah kena air. kalau ada yang kena air lap sampai kering. Kemudian balut la buah mangga tu dengan kertas surat khabar. Balut sebiji -sebiji. Jangan di bungkus semua sekali dalam satu surat khabar.Sehelai surat khabar untuk sebiji mangga.



Kemudian simpan di tempat yang tak de cahaya matahari.Kalau orang dulu-dulu diaorang suka simpan di dalam bekas beras.Korang pun kalau ada bekas beras besar boleh simpan dalam bekas beras je.



Tapi saya tak la simpan dalam bekas beras. Saya simpan dalam kabinet dapur je. Bahagian bawah yang susah orang nak jumpa.


Tunggu la sampai 2-5 hari. Kemudian bila buka kertas balut mangga tu , cuba hidu bau nya..kalau harum je tu maknanya buah tu dah masak. Kalau tak masak2 juga maknanya memang tak kan masak la tu.. silap2 buah jadi kecut je..hahahahaha..



Biasanya buah mangga yang orang peram ni , buah mangga yang dah tua dan hampir2 nak masak. Kalau masih putik tu tak boleh la nak peram. Jadi kecut je la..hahaha. Cara betul peram buah mangga ni juga korang boleh cuba untuk peram buah betik atau pun buah koko.





Catat Ulasan

0 Ulasan