BEKAS PUTERI QATAR DITEMUI MATI AKIBAT MENGAMBIL DADAH BERLEBIHAN - 10 TAHUN BERJUANG UNTUK HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK

BEKAS PUTERI QATAR DITEMUI MATI AKIBAT PENGAMBILAN DADAH BERLEBIHAN - 10 TAHUN BERJUANG UNTUK HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK | Bekas Putri Qatar ,Kasia Galliano ditemui mati di rumah mewahnya di Marbella, Sepanyol. Polis menemui mayat Kasia pada 29/5/2022.  Kasia dikatakan meninggal akibat mengambil dadah berlebihan. Sebelum ini wanita berusia 45 tahun itu juga disahkan mengalami kemurungan dan ketagihan alkohol.

Kasia Galliano




Pada tahun 2004, Kasia berkahwin dengan anak keluarga kerajaan Qatar Abdelaziz bin Khalifa Al-Thani yang juga bapa saudara kepada Emir Of Qatar . Bekas suaminya sempat menjadi menteri minyak dan gaS dan juga menteri kewangan Qatar.

Hasil dari perkahwinan tersebut Kasia dan Abdelaziz mempunyai tiga orang anak perempuan . 2 orang kembar berusia 17 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun. Namun selepas bercerai Kasia berjuang untuk mendapatkan hak penjagaan 3 anaknya.



Dalam masa 10 tahun Kasia tetap memperjuangkan hak penjagaan anak-anaknya. Malah Kasia pernah mendakwa bekas suaminya itu  pernah melakukan ganguan seksual kepada salah seorang anaknya.

Sewaktu berkahwin dengan Abdelaziz, wanita tersebut adalah isteri ketiga. Waktu itu Kasia baru berumur 19 tahun. Kasia dan bekas suaminya mempunyai jarak usia yang sangat jauh. Abdelaziz bin Khalifa Al-Thanikini berusia 73 tahun dan lebih tua 28 tahun dari Kasia.

Kasia bersama salah seorang anak gadisnya



Pada Mac lalu, Kasia meluahkan rasa sayangnya terhadap anak-anaknya melalui satu posting media sosialnya. Dia meminta anak-anaknya supaya menjadi diri sendiri dan menguatkan semangat .

"Sayang-sayang. Jangan pernah lupa bahawa saya sangat sayangkan kalian. Hidup ini dipenuhi dengan masa susah dan senang. Jika pada saat-saat tertentu kalian berasa terharu …..jangan lupa siapa kalian…..luruskan mahkota kalian dan beranikan diri ……Belajar daripada segala yang boleh dan jadilah wanita yang luar biasa, memberi inspirasi, berkuasa dan penuh belas kasihan, saya tahu kalian boleh lakukan nya.~ Lve Mommy," tulisnya.

Menurut salah seorang rakan yang mengenali Kasia, dia terkejut dan sedih kerana media mendakwa Kasia seorang penagih alkohol kerana ianya tidak benar sama sekali.

Catat Ulasan

0 Ulasan