ASAL USUL JENGLOT DAN MITOSNYA

ASAL USUL JENGLOT DAN MITOSNYA | Cerita-cerita mistik memang selalu jadi perhatian orang ramai Cerita mistik ni bukan saja digemari orang-orang dulu malah zaman sekarang pun lebih ramai yang suka kan cerita mistik .

Pernah tersebar video jenglot yang ditemui pekerja pos laju di dalam sebuah kotak beberapa tahun lalu. Hebat nya. Pos jenglot dalam pos laju je . Kenapa dia tak suruh jenglot tu berjalan saja sendiri ke tempat yang nak di hantar??kan??hahahahha ... Video tersebut memang mendapat perhatian ramai. Ada yang percaya dan tak kurang juga yang tak percaya.






Hari ni saya nak kongsikan serba sedikit tentang sejarah dan asal usul jenglot ni. Adakah ianya benar-benar wujud atau sekadar rekaan pihak tertentu untuk mengaut keuntungan sahaja.


Di petik dari mereka.com Jenglot sebenarnya satu makhluk kecil kaku yang tinggal di dalam hutan. Disebab kan ianya bertubuh kecil dan berjalan lambat ianya selalu dijumpai di bawah pohon yang besar untuk melindungi dirinya. Di indonesia ramai yang mengakui jenglot boleh di temui di Jawa, Kalimantan dan Bali. Masyarakat di sana juga percaya jenglot adalah satu makhluk mistik yang boleh membawa bencana. Jenglot juga dikatakan makan darah manusia.


credit pic: bali.tribunews.com




Ada pihak forensik disebuah hospital yang pernah membuat kajian ke atas makhluk mistik ini. Ujian mendapati makhluk ini bukan lah makhluk hidup namun apa yang mengejut kan terdapat DNA mirip manusia dalam lapisan kulit jenglot. Ujian X-ray juga dilakukan dan mendapati tiada tulang didalam bahagian tubuh jenglot.


Asal Usul Jenglot


Melalui cerita dari mulut ke mulut, pada tahun 1972 satu ritul tirakat diadakan oleh beberapa dukun atau ahli paranormal di Wlingi, Jawa Timur. Ketika itulah mereka menemui jenglot bersama 3 makhluk halus yang lain. Jenglot yang ditemui berjantina lelaki dan dikatakan mampu membantu pemiliknya terlepas dari segala bahaya.


creditpic: jakhongirshaturaev.wordpress




Cerita lain mengenai asal usul jenglot, dikatakan seorang lelaki yang pergi bertapa bagi mempelajari ilmu Bethara Karang iaitu ilmu yang dikatakan membuatkan pengamalnya akan hidup kekal abadi di dunia. Selepas mendapat ilmu tersebut lelaki itu dikatakan lupa pada pantang larang dan kemudian tubuhnya menjadi kurus dan semakin hari semakin mengecil. Tak lama kemudian taring tumbuh dimulutnya  memanjang hingga melebihi mulut nya.



Disebakan itu jasad jenglot tidak diterima di dunia dan roh nya tidak diterima di akhirat. Maka terperangkap lah ia di dalam jasad kecil tersebut.


creditpic:mitosmakassar.com




Jadi apa yang kita perlu faham jenglot bukan benda hidup cuma ada kuasa mistik didalam nya yang membuatkan ianya sentiasa hidup dan di tambah lagi dengan pengamal perubatan atau bomoh yang sering memelihara semangat makhluk ini supaya dapat digunakan untuk tujuan tertentu. Pemiliknya juga dikatakan perlu memberi makan pada makhluk ini.


Ada yang mengatakan makanan jenglot adalah darah manusia. Namun bukan semua darah manusia sesuai untuk dijadikan makanan jenglot. Dia hanya makan darah jenis O dan AB sahaja dan juga minyak wangi. Korang percaya ke tidak fakta yang terakhir ni??


Korang sendiri nilaikan dari cerita ini yang mana fakta dan yang mana mitos?


Catat Ulasan

0 Ulasan