Ini yang saya copy di facebook:
Hukum Main Duit Kutu
Kuliah Ustaz Azhar Idrus
14/1/2017
Masjid Daerah Seberang Prai Tengah
Soalan :
Apakah hukum main duit kutu?
HARAM hukumnya sekiranya tidak menyatakan akad lafaz hutang kpd kawan-kawan.
Sekiranya kita penerima duit kutu pada bulan itu, kita perlu katakan :
"Saya berhutang kepada awak semua"
Sekiranya kita bayar bulan-bulan untuk kutu orang lain kita perlu katakan :
"Saya bayar hutang awak"
Manakala jika kita adalah orang terakhir yg dalam pusingan kutu, kita perlu berkata:
"Saya terima hutang awak semua kpd saya"
**Jika tidak dilafazkan akad tersebut, hukum main kutu menjadi HARAM.
Tapi bagaimana dgn hukum main kutu yang dah lepas??
Mari beristighfar kepada Allah. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang lalu kerana jahil tidak tahu hukum tersebut. Wallahua'lam
Saya pun tak de pulak lafaz akad ni.Jadi lepas ni kena buat la ye..Kalau ada yang buat group tu cukup la buat mesej bersuara..Tak mampu, taip je la..kan??Kalau nak lebih yakin buat je video. Sekarang kemudahan makin canggih. Tak de masalah nak buat semua tu..
Kalau ada yang rasa was2 nak main kutu ni baik la jangan main. Sebab macam tak ikhlas pulak nak "pinjamkan" duit pada orang lain..kan??baik kau main kutu yang macam kat bawah ni je...
0 Ulasan