5 PERKARA INI BUAT SI DIA TAK AKAN CURANG




5 PERKARA INI BUAT SI DIA TAK AKAN CURANG |  Bila setiap kali pasangan berlaku curang jarang sekali untuk kita menyelidik apakah punca sebenar pasangan tergamak mencurangi kita. Kita akan terus menyalahkan pasangan 100% seolah-olah kita tidak sedar yang kesalahan juga ada dipihak kita.

Tapi ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan untuk membuatkan pasangan tidak akan mencurangi kita:


1-Kerap memberi pujian 

lelaki atau perempuan kedua-duanya suka akan pujian.Pujian akan membuatkan kita lebih berkeyakinan dan rasa di hargai .Begitu juga dengan pasangan kita.Apabila dia dalam keadaan stress, sedih atau marah, pujuk lah dia dengan pujian dan kata-kata semangat.Hargai apa yang pasangan kita lakukan dengan mengucapkan terima kasih walaupun apa yang dilakukan adalah perkara-perkara kecil.


2-ketawa dan bergurau


Tak perlu korang mencari penyelesaian masalah atau menjadi hero saat sidia sedang bergelut dengan masalah. Cukup kalau korang mendengar dan memberi pelukan ketika dia meluahkan masalah nya. Terangkan padanya walau apapun yang terjadi korang tetap menyokong nya dan sentiasa ada untuk nya. Untuk apa dia ada orang lain sedangkan korang sendiri sangup bersamanya walau dalam apa keadaan..kan??





4-Jangan merajuk terlalu lama

Rumahtangga mana yang tidak bergelora. Cinta yang mana tidak disulam air mata? Sekali sekala rasa marah pada pasangan tentu ada. Namun jangan biarkan ianya berlarutan hingga terlalu lama. Hilangkan rasa marah korang pada pasangan dalam masa sehari. jangan kerana marahkan satu perkara korang mengungkit-ungkit perkara yang lain dan dibawa ke masalah yang sedang berlaku. Ianya akan membuatkan pasangan merasakan hidup dengan korang hanya berbuah masalah yang tak pernah hilang.


5-Pupuk minat yang sama

Selalu kita lihat ada pasangan yang punya minat yang sama mereka sentiasa bersama walau kemana saja. Kalau suami suka travel, dah tentu isteri akan ikut serta, kalau suami suka memancing , isteri akan turut sama dengan suami pergi mencing .Minat yang sama bukan bermakna isteri sentiasa berkepit dengan suami dan mengawal suami kemana-mana. Tapi bila masing2 mempunyai minat yang sama ianya seolah-olah kita saling menyokong dan kerana minat dan hobi yang sama kita dan pasangan akan lebih kerap berkomunikasi.


Sedaya upaya elak kan lah untuk berlaku curang pada pasangan kita. Tak kira la dalam hubungan cinta ataupun rumhatangga. Untuk apa jalinkan hubungan kalau disulami dengan kecurangan yang sudah pasti akan memberi kesan buruk pada hubungan yang kita sendiri bina.


Catat Ulasan

0 Ulasan