4 CARA UNTUK MUDAHKAN BERSALIN

4 CARA UNTUK CEPATKAN BUKAAN RAHIM DAN MUDAHKAN BERSALIN | Pengalaman melahirkan 2 orang anak lebih 10 tahun lalu adalah atu pengalamn yang paling berharga dalam hidup saya. Saya percya ibu-ibu lain juga merasakan perkara yang sama dengan saya.



Semua wanita mengharapkan proess bersalin normal yang mudah dan cepat. Bukaan rahim yang cepat adalah salah satu perkara yang sangat diharapkan ibu-ibu. Jika cepat bukaan rahimnya makan cepatlah si ibu melahirkan anak yang ditunggu-tunggu.

Untuk cepatkan bukaan rahim agar mudah bersalin, ada beberapa cara boleh dilakukan si ibu:

1.Banyak kan bergerak 

Aliran darah yang baik mampu mempercepatkan bukaan rahim. Untuk itu ibu digalak kan untuk kerap bergerak dan berdiri. 

Si ibu boleh bergerak perlahan-lahan atau berjalan sekitar bilik. Lakukan juga gerakan-gerakan ringan ketika duduk atau berbaring.

2.Guna birthing ball

Duduk diatas Birthing ball yang besar dan lembut dan gerak kan badan ke depan dan kebelakang. Cara ini boleh membuatkan otot-otot dibahagian pinggul menjadi kendur dan dan rilek sekali gus membuatkan bukaan rahim lebih cepat dan ibu lebih mudah untuk melahirkan.

3. Bersantai daan menenangkan fikiran

Bersantai dan berehat ambil menenangkan fikiran mampu membuat bukaan rahim lebih cepat. Ibu yang keletihan, dan dalam keadaan stress akan menyukarkan serviks untuk melebar.



Ketika rasa sakit sudah muncul, ibu dinasihatkan supaya jangan berasa takut dan risau. Perasaan tersebut memberi tekanan pada ibu termasuk bayi . 

Ada ibu yang terpaksa menahan sakit sehingga seharian gara-gara bukaan rahim yang sedikit. Ini kerana ibu-ibu berasa takut dan sokongan dari uami sserta ahli keluarga sangat-sangat digalak kan agar i ibu kekal tenang.

4. Melakukan hubungan kelamin.

Hubungan kelamin ketika sarat hamil bukan lah sesuatu yang membahayakan siibu atau anak dalam kandungan. Malah ianya adalah salah satu faktor yang membuatkan bukaan rahim leebih cepat dan melahirkan dengan mudah. Ini kerana ada entuhan kassih sayang seorang suami mampu memberi ketenangan pad si isteri.

Hormon yang disebut prostaglandin yang terkandung dalam air mani boleh meningkatkan pelebaran serviks.

Catat Ulasan

0 Ulasan