PENULIS ARTIKEL "CARA MEMBUNUH SUAMI ANDA " DIDAKWA MEMBUNUH SUAMI SENDIRI DEMI $1.4 JUTA

PENULIS ARTIKEL "CARA MEMBUNUH SUAMI ANDA " DIDAKWA MEMBUNUH SUAMI SENDIRI DEMI $1.4 JUTA | Seorang novelis yang pernah menulis catatan blog bertajuk 'Cara Membunuh Suami Anda' telah disabitkan membunuh suaminya sendiri.

Nancy Crampton Brophy, 71, didakwa atas pembunuhan tahap kedua kerana menembak mati suaminya chef Daniel Brophy, 63, ketika suaminya sedang bekerja di Institut Kulinari Oregon pada Jun 2018.




Polis berkata dia ditembak dua kali, dan ditemui mati oleh pelajarnya.

Pendakwa raya mendakwa Nancy membunuh suaminya demi mendapatkan wang dari polisi insurans hayatnya bernilai $1.4 juta.

Shawn Overstreet, seorang timbalan peguam daerah mendakwa  'Nancy mempunyai peluang untuk melakukan pembunuhan ini. Dia seorang sahaja yang mempunyai motif.'

'Nancy adalah satu-satunya orang yang boleh melakukan jenayah ini,' katanya

Dalam hujan  peguam belanya , senjata itu adalah untuk novel yang ditulisnya iaitu tentang seorang wanita yang mendapatkan alat ganti senjata untuk membalas dendam pada suaminya



Pihak pembelaan juga dalam hujahnya mengatakan Nancy Crampton Brophy dan suaminya sudah menjalinkan hubungan cinta lebih 25 tahun.


Daniel Brophy telah dibunuh pada 2 Jun 2018 di Institut Kulinari Oregon di barat daya Portland, tempat dia bekerja sejak 2006.

Pelajarnya tiba tidak lama selepas itu, dan menemui mayatnya di atas lantai dapur. Polis berkata pada masa itu dia ditembak dua kali.

Tetapi kira-kira setengah jam sebelum kematiannya, Nancy Crampton Brophy telah dikesan kamera CCTV memandu ke institut kulinari tersebut

Dua puluh minit kemudian, dia memandu pergi dan pulang ke Beavertown.

Ketika memberi keterangan di mahkamah, Nancy mendakwa dia tidak ingat yang dia memandu ke institut kulinari tempat suaminya bekerja dan memberi alasan ketika itu dia sibuk dengan novel barunya yang bakal diterbitkan.

Tetapi pendakwa mendakwa bahawa Nancy mempunyai niat untuk mendaptkan wang dari polisi insurans hayat Daniel yang bernilai $1.4 juta. Satu rakaman audio mendedahkan Nancy meminta seorang detektif empat hari selepas penahanan nya untuk  membebaskannya dari tuduhan membunuh suaminya supaya dia boleh mendapatkan wang polisi insurans hayat.




Pasangan suami isteri itu menghadapi masalah kewangan  sebelum ini.  Mereka pernah mengeluarkan wang simpanan sebanyak $35,000 daripada akaun Daniel Brophy. Separuh daripadanya digunakan untuk membayar kad kredit.

Nancy memberitahu  polisi insuran itu sebenarnya bernilai $40,000, tetapi Nancy dikatakan cuba menuntut 10 polisi berbeza yang berjumlah $1.4 juta, serta pelan pampasan pekerja kerana suaminya dibunuh semasa bekerja.

Walaupun Nancy dan Daniel meraikan perkahwinan mereka dengan meriah pada tahun 1997, mereka sebenarnya tidak berkahwin secara sah sehingga suaminya dibunuh

Menurut pihak polis keadaan bahagian dapur Institusi masakan tempat Daniel dibunuh tidak menunjukkan tanda-tanda pecah masuk, dan dompet serta telefon Daniel Brophy berada padanya semasa kematiannya.

Tiada suspek  dikenal pasti kecuali Nancy Crampton Brophy, yang ditangkap pada September 2018 dan mengaku tidak bersalah atas jenayah itu.

Pendakwa raya menunjukkan bukti bahawa Nancy Crampton Brophy telah membeli kit pemasangan senjata haram dalam talian pada malam Krismas 2017. Daniel Brophy sendiri telah menandatanganinya apabila ia dihantar kerumah mereka ketika Nancy dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.



Nancy kemudian nya tidak dapat memasang senjata tersebut dan dia kemudian nya membeli senapang lain di pameran senjata di Portland pada Februari 2018. Sebulan kemudian Nancy mula berlatih menggunakan senjata tersebut.

Nancy seorang penulis novel dan blog pernah menulis disalah satu posting blog yang bertajuk  " The Wrong Husband dan The Wrong Cop". Dalam satu forum penulis dia memberitahu  tentang kehidupan rumah tangganya  mereka sama seperti pasangan yang lain, ada pahit dan manisnya

Di dalam catatan blog, yang ditulisnya di laman Seeing Jane pada 2011, Dia gemar menulis tentang kisah pembunuhan dan prosedur siasatan polis. 

Dalam penulisan nya dia juga menulis tentang "motif berpotensi mahu membunuh suami anda"  yang dibahagikan kepada beberapa kategori seperti kecurangan, perceraian, pembahagian harta dan keganasan rumahtangga

Dia juga memberi cadangan kepada pembaca tentang senjata atau teknik pembunuhan mereka sama ada menggunakan pisau atau pun senapang.

Sumber: Dailymail


Catat Ulasan

0 Ulasan