WANITA PANIK TIBA-TIBA LELAKI MASUK KEDAI DAN BERKELAKUAN ANEH - LIHAT APA TINDAKAN WANITA INI UNTUK MENGELAK SITUASI YANG TIDAK DIINGINI | Bagi ramai wanita, mengalami gangguan dari lelaki yang tidak dikenali adalah satu pengalaman yang menakutkan tambahan pula jika berada di tempat yang tidak mampu untuk mendapatkan pertolongan.
Hanya wanita yang pernh mengalaminya sahaja yang tahu bagaimana perasaan ketika itu.
Sama seperti yang berlaku pada wanita ini yang berkongsi sebuah video menunjuk kan seorang lelaki yang tidak dikenali masuk ke premis perniagaan nya.
Kejadian berlaku pada waktu malam dan wanita tersebut bersama anak dan adiknya yang menjalankan perniagaan menjual vape. Lelaki tersebut yang mulanya hanya duduk didalam kedai kemudian nya bertanya beberapa soalan dan mula bergerak menuju kearah mereka.
@mannamelynna93 #trauma #creepy ♬ original sound - 🎀MANNAMELYNNA🎀
@mannamelynna93 PART 2 @tira #trauma #creepy ♬ original sound - 🎀MANNAMELYNNA🎀
Wanita yang dikenali sebagai Manna kemudiannya meminta lelaki tersebut tidak mendekati anak kecilnya. Mereka juga memberitahu yang bapa mereka bekerja sebagai anggota polis.
Menyedari lelaki terebut mungkin mengalami gangguan mental, Manna kemudian nya mula berlembut dengan lelaki tersebut dan memanggil nya dengan panggilan "sayang". Dia terpaksa bertindak seperti itu agar lelaki tersebut mengikut katanya dan beredar dari situ.
Tindakan tersebut membuatkan lelaki itu mula berjalan keluar. Manna kemudian nya mengarahkan adiknya menghubungi anggota polis untuk mendapatkan bantuan.
Lelaki itu kemudian nya masuk semula ke premis dan berbual dengan Manna. Manna terus bercakap dengan lelaki tersebut dan memujuk nya keluar dari itu sambil bercakap dengan anggota polis.
Mereka bernasib baik apabila seorang pelanggan masuk ke kedai dan menghalau lelaki tersebut keluar. Setelah lelaki terebut keluar, Manna meminta pelanggan terebut menunggu sehingga polis sampai kerana menyedari lelaki aneh tersebut berembunyi di semak berhampiran kedai.
Sebaik sahaja polis sampai, lelaki terebut terus hilang.
Tindakan Manna yang berlembut dengan lelaki terebut dan memanggilnya sayang mendapat kritikan netizen. Namun sebenarnya itu adalah satu cara untuk membuatkan lelaki terebut yakin dan percaya dengan nya. Tindakan nya itu juga dapat melengah-lengahkan lelaki tersebut dari bertindak ganas.
0 Ulasan