REVIEW : SUNSILK CONDITIONER POWER SHINE BUAT RAMBUT LEMBUT , WANGI DAN MUDAH DIURUS | Adakah conditioner satu keperluan? Ye bagi orang yang sangat mementingkan rambut yang cantik , mudah diurus dan wangi. Tanpa conditioner tak lengkap la rutin mencuci rambut . Tak cukup sekadar menggunakan syampu.
Kali ni aku nak kongsikan tentang pengalaman guna Sunsilk conditioner Power Shine yang botol pink berkilat ni. Dari jauh dah boleh nampak botol ni. Memang buat mata tertarik pada dia je.
Kepentingan menggunakan Conditioner
Sebenarnya ni dah masuk bulan ke tiga aku guna conditioner ni. Memang sangat-sangat puas hati. Tak de langsung masalah rambut lepas aku guna conditioner ni. Bagi aku conditiober atau pun perapi rambut seumpama vitamin. Klau tak ambil pun tak pe, ambil lebih baik.
Kalau tak ambik, kita tak nampak kesan nya. Tapi bila dah ambik baru kita rasa perubahan nya. So terserah nak guna perapi rambut atau pun tak.
sama macam Sunssilk Conditioner ni , aku gunakan dia dan nampak perubahan rambut aku yang dari baik kepada lebih baik. Kat sini aku senaraikan apa yang bestnya tentang Sunsilk Conditioner Power Shine ni sepanjang aku menggunakan nya.
-Rambut lebih lembut
Masa mula-mula guna conditioner ni aku perasan rambut aku jadi lembut untuk masa yang lama. Bukan selepas pakai conditioner je tapi lepas beberapa hari pun rambut tetap lembut.
Bukan setiap masa aku pakai conditioner. Selalunya aku guna 3-4 kali je seminggu. Tapi dalam tempoh tak menggunakan conditioner pun rambut masih lembut.
Memang pergunaan pertama kali saja pun dah buat rambut lembut.
-Rambut bersinar
Rambut hitam berkilat dan nampak lebat memang idaman ramai wanita. Selalunya kalau rambut halus dan nipis akan membuatkan wanita nampak tua. Sebab tu rambut kita sebaiknya biar nampak lebat. Tapi nak dapatkan lebat yang bersinar tu memang susah dan perlukan rawatan kulit kepala.
Guna Conditioner pun sebenarnya boleh buat rambut bersinar dan lebat. Yang penting kena pilih conditioner yang tepat.
-Rambut tiada kelemumur
Salah satu sebab kenapa aku guna conditioner atau perapi ialah sebab dulu kepala aku ada kelemumur. Pening kepalaa fikir macam mana nak hilangkan kelemumur yang menempal kat rambut.
Tapi lepa pakai conditioner , kelemumur yang menempel kat rambut akan mudah dibersihkan dengan hanya kita sikat je rambut. Kadang2 libas2 rambut je dah buat kelemumur tu jatuh daan hilang dari rambut.
Tapi jangan lupa rawat sekali kulit kepala guna syampu dan tonic rambut. ada orang yang ada masalah kulit kepala dah hilang kelemumurnya, tapi pada rambut masih berbaki kelemumur kering yanag menempel.
Tapi bila guna conditioner mudah nak hilangkan saki baki kelemumur tu.
Cara guna conditioner
OK..tu je la nak cerita pasal pengalaman aku guna perapi sunsilk ni dan cara yang selalu aku buat untuk pakai perapi. Kalau korang nak dapatkan Sunsilk Conditioner Power Shine ni boleh la dapatkan di watson dan mana-mana kedai.
0 Ulasan