REVIEW DAN SINOPSIS : PACHINKO

REVIEW DAN SINOPSIS : PACHINKO  | Drama Pachinko bersiaran sejak 25 April lalu. Minggu ni dah masuk episod ke empat. Drama dengan 8 episod ni agak berat sedikit bila ianya gabungan genre cinta dan sejarah. Agak ramai yang mengeluh bila mereka tak paham alur cerita ini sebab ianya melibatkan 2 zaman. 

Drama ni sebenarnya adaptasi dari novel tulisan Lee Min Jin yang diterbitkan pada 2017. Drama berlatar belakang kan era dizaman penjajahan jepun di tanah Korea. Dan satu lagi di era 80an.



Awal drama ni ditunjuk kan kisah Sun Ja dizaman dia kanak-kanak, kemudian dewasa dan zaman dia tua. 

Tapi babak2 tu bercampur. Itu yang membuatkan ada yang keliru dengan jalan cerita nya. Tapi masuk je episod ke 3 korang dah mula boleh ikut rentak cerita ni.

Ramai yang memuji cinematography drama ni. Macam mana boleh diciptakan satu zaman macam tahun 80 an tu. kalau kita perhatikan latar belakang tu macam tak de cacat cela.

Masa episod 1 korang dapat tengok dia tunjuk dari atas satu perkampungan di era penjajahan jepun. benda macam tu pun dia buat sempurna.

Tak tahu lah sama ada watak wanita bernama Sun Ja ni betul-betul wujud atau tak. Saya layan je la drama ni. Drama ni sebenarnya tentang kehidupan Sun ja.Perjalanan hidup dia dari kecil sampai la dia tua.

Pendapat saya, tak de apa yang menarik pun dengan kehidupan dia. masa muda jatuh cinta dengan lelaki kaya, hamil dan kawin dengan orang lain. So saya pun tak tahu kenapa kisah Sun Ja ni yang ditonjolkan. Mungkin kisahnya dipilih kerana hidupnya menyedihkan.

Bagi yang kurang fham dengan jalan cerita Pachinko, dibaawah ni saya serta kan sinopsisnya



 Sinopsis Pachinko

Sun Ja dilahirkan pada era awal pemerintahan Jepun di tanah Korea pada abad ke 20. Waktu itu semua orang Korea perlu taat pada setiap perintah Jepun dan tidak dibenarkan bercakap sebarang perkara buruk tentang Jepun. mereka akan di siksa dan dibunuh jika ditangkap.

Menginjak dewasa Sun Ja banyak mendengar cerita tentang seorang lelaki yang dikatakan membuat banyak kerja-kerja kotor untuk orang jepun. Koh Han Su seorang lelaki kaya dan orang ramai yakin dia sudah menjadi orang jepun. Berbagai pandangan buruk tentang Koh Han Su diperkatakan. Namun orang ramai masih berurus niaga dengan Koh Han Su kerana dia seorang yang adil ketika berurusniaga dan tidak suka membuat masalah.

Satu kejadian buruk berlaku dan waktu Itu Koh Han Su menyelamatkan Sun Ja. Sunja akhirnya jatuh cinta dengan Koh Han Su dan dia hamil. Koh Han Su tak mahu bertanggungjawab dan menuduh Sun Ja sengaja ingin memaksanya menikah agar Sun Ja dapat hidup senang.


Ketika Sun Ja memberitahu ibunya bahawa dia hamil  ,seorang paderi gereja, Baek Isak yang menginap dirumah Sun Ja mendengar perbualan mereka. Dia memberi kata nasihat dan semangat untuk Sun Ja. Namun akhirnya dia memutuskan untuk berkahwin dengan Sun Ja.


Sun Ja kemudian nya berpindah ke Jepun . Sebagai orang Korea, kehidupan di Jepun tidak lah mudah.

Di tahun 1989, Baek Solomon, cucu kepada Sun Ja yang terlibat dengan dunia koporat perlu mendapatkan sebidang tanah untuk dijadikan sebuah hotel di Jepun. Dia pulang ke Jepun untuk memujuk pemilik tanah menjual tanah tersebut. Pemilik tanah tersebut adalah seorang wanita Korea.

Kepulangan nya ke jepun juga membolehkan dia bertemu dengan keluarganya. Solomon mengajak Sun Ja melawat wanita pemilik tanah yang enggan menjual tanahnya. Pertemuan dengan wanita tersebut menguatkan keinginan Sun Ja untuk pulang ke tanah airnya di Korea.

Pelakon Pachinko


Kim Min Ha

Jin Ha

Lee Min Ho

Youn Yuh Jung

Catat Ulasan

0 Ulasan