REVIEW DAN SINOPSIS : GREEN MOTHER'S CLUB

REVIEW DAN SINOPIS : GREEN MOTHER'S CLUB | Rating 7\10. Drama yang dah masuk epissod ke 4 tapi aku terlupa nak review drama ni padahal dah 2 minggu tengok. Drama mak-mak ni memang best sangat sebab dekat dengan jiwa kita ni kan. Lagi-lagi bila melibatkan anak-anaak dan keluarga. Drama korea dengan genre keluarga biasanya memang mendapat rating yang tinggi.



Masa mula-mula tengok drama ni ada la juga rasa macam tengok drama HIGH CLASS . Kisah pasal ibu-ibu yang ada anak di sebuah sekolah antarabangsa. Drama tu mungkin agakl berat sikit jika nak dibandingkan dengan Drama Green Mother's Club ni sebab ada jenayah juga. kan..

Tapi untuk drama GMC ni ada kelainan bila dah tonton sampai episod 4 ni, nampak la perbezzzaan jalan cerita dia. Mungkin ada la sama sikit tapi masih tak ketara cuma konflik tu tetap ada.

Mula-mula macam bosan je watak Eun Pyo ni sebab dia macam dingin je orangnya. Dengan masalah kerjaya dia, masalah anak pula, dan ibu mertua yang susah nak bawa bincang. Dekat 2 episod kita kena hadap muka dia mencuka. Stress pulak rasa.

Tapi bila lepas muncul banyak watak-watak ibu-ibu lain baru la nampak menarik drama ni. Setiap ibu-ibu ni ada kisah mereka .Ada semacam tanda tanya tentang hubungan ibu-ibu ni dengan wwatak-watak lelaki. Macam ada hubungan lama anatar diaorang. Yang tu kena tengok sebab macam menarik je untuk digali. hahahah

Awal-awal kita rasa macam ibu-ibu ni macam ada sisi jahat diaorang. Padahal sebaliknya. 



Sinopsis Green Mother's Club 

Green Mother's Club mengisahkan kehidupan sekumpulan ibu-ibu yang mempunyai anak-anak disebuah sekolah . Mereka tergolong dikalangan ibu-ibu yang sangat sensitif dengan pelajaran dan prestasi pendidikan anak-anak. Masing-masing berlumba untuk menjadikan anak mereka yang terbaik.

Eun Pyo seorang ibu yang pernah menjadi pensyarah . Dia kemudian nya dibuang kerja dan berpindah ke sebuah pangsapuri. Dia mula terlibat dengan aktiviti ibu-ibu disekolah anaknya. 

Dia berasa terpinggir memandangkan anaknya seolah-olah tidak berminat untuk belajar. Tidak seperti anak-anak yang lain.

Eun Pyo pernah mempunyai seorang shabat. namun disebabkan satu kejadian dia dan sahabatnya terputus hubungan. Dia tidak menyangka bertemu kembali bekas sahabatnya itu di sekolah anaknya. Kenangan pahit yang tak mahu lagi diingati muncul semula dalam hidupnya.



Pelakon Green Mother's Club

Lee Yo Won - Eun Pyo

Choo Ja Hyun - Chun Hee

Kim Gyu Ri - Jin Ha

Jang Hye Jin - Young Mi

Joo Min Kyung - Yoon Joo

Choi Duk Moon - Joo Seok

Yoon Kyung Ho - Man Soo

Choi Jae Rim - Jae Woong

Im Su Hyung - Gun Woo

Oh Hee Joon

Catat Ulasan

0 Ulasan