RESEPI ROTI JALA DAN KARI AYAM PALING SEDAP JUADAH UNTUK BERBUKA PUASA

RESEPI ROTI JALA DAN KARI AYAM PALING SEDAP JUADAH UNTUK BERBUKA PUASA |Tak plan pun nak buat roti jala untukberbuka puasa hari ni. Tapi sebab memikirkan anak suka sangat makan kari ayam, alang-alang dah buat kari ayam tu baik buat sekali dengan roti jala.

Lagipun bukan susah pun nak membuatnya. Cuma kena tunggu depan api je la. Buat pun tak banyak jadi tak penat pun. Hari kedua berbuka puasa masih lagi kekal momentum untuk memasak berbanding membeli juadah di kedai.



Anak-anak saya sangat cerewet bab makan. Jadi kalau beli di bazar ramadhan belum tentu diaorang makan. Roti Jala di bazar ramadhan pun bukan murah. Tak kan nak beli sikit. Bukan nya tak nak menyokong peniaga-peniaga di bazar ramadhan tapi takut disebabkan nak sokong berlaku pembaziran pulak bila juadah yang dibeli tak dimakan tapi dibuang ke tong sampah saja.

Resepi Roti Jala

Selalunya orang  buat roti jala, bancuhan tu bentuk kan bulat sehingga membentuk jaring halus. Tapi saya lebih suka jalanya petak-petak. sebab tak lenguh tangan. Selepas dilipat, nampak kemas dan cantik.



Untuk bancuhan saya guna 2 cawan tepung. 2 cawan tu dapat la 2 botol bancuhan roti jala. Cukup banyak. Ambil masa 40 minit untuk habis kan 2 botol bancuhan sebab saya cuma guna 1 dapur saja.

Kari ayam tu pulak korang masak macam kari ayam yang biasa saja. Cuma ayamnya di potong kecil supaya mudah dimakan.

Berikut adalah cara membuat bancuhan Roti Jala Paling Sedap untuk berbuka puasa. 

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

1 biji  telur

2 1\2 cawan air

sedikit garam

sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit



Cara Penyediaan.

Masuk ssemua bahan ke daalam pengisar. Blend sampai sebati . Tuang dalam botol roti jala.

Panaskan kuali leper, sapu minyak pada kuali.

Mula kan menjala sampai habis bancuhan dalam botol.

Kemudian kena buat Kari Ayam yang akan dimakan dengan Roti Jala. Selain Kari Ayam korang boleh makan Roti Jala dengan bubur durian atau pun rendang. Nak makan dengan sambal ikan bilis pun boleh.

Tapi sekarang kita buat Kari Ayam aja lah.

Bahan-Bahan Membuat Kari Ayam Untuk dimakan dengan Roti Jala.

Bahan-bahan

200g Isi ayam dipotong kecil dan dibersihkan

1 biji ubi kentang dipotong 8.

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum Bunga Lawang

4 kuntum bunga cengkih

2 sudu besar rempah ayam

1 sudu besar kerisik

1 cawan santan

1 cawan air

2 biji Bawang merah dikisar

5 ulas bawang putih dikisar

1 inci halia dikisar

1 tangkai daun kari.

1 senduk kecil minyak untuk menumis.

garam



Cara-cara masak Kari ayam paling sedap.

1. Panaskan minyak dan tumis daun kari. Bila dah  naik bau masuk kan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.

2. masuk kan halia , bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai garing.

3. Masuk kan rempah dan sedikit air. Masuk kan ubi kentang dan ayam.

4. Masak sampai naik minyak. Guna api sederhana.

5. Masuk kan kerisik.

6. masuk kan santan dan air. 

7. Masuk kan garam selepas mendidih. 

HIdangkan Roti Jala bersama Kari ayam yang sudah siap dimasak.


Selamat mencuba..



Catat Ulasan

0 Ulasan