RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAP

RESEPI AYAM MASAK MERAH SIMPLE TAPI SEDAP | Ayam masak merah adalah salah satu masakan yang saya tahu masak selepas berkahwin. Sebelum kahwin memang saya tak tahu nak masak ayam masak merah. Tau makan saja. Ayam masak merah menjadi kegemaran ramai sebab rasanya yang sedap. Ada rasa manis, pedas dan masam. Gabungan 3 rasa ni membuatkan ianya hidangan wajib yang ada di rumah kenduri.  

 
Walaupun hidangan ni warnanya merah menyala tapi jangan sangka ianya pedas menyengat. Ayam masak merah boleh di masak tanpa rasa pedas dan boleh dimakan oleh kanak-kanak. Kalau nak jadikan dia hidangan yang pedas pun boleh. Itulah istimewanya hidangan Ayam masak merah ni.
 
Sebelum cerita jadi panjang meleret2 jadi baik la kita tengok terus resepi ayam masak merah kenduri yang korang boleh gunakan untuk masakan kenduri dan apa saja majlis. Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi ayam masak merah simple


bahan-bahan :-

1/2 ekor ayah dipotong ikut besar mana nak.Lumur dengar garam dan kunyit lepas tu goreng.ikut suka la nak garing ke,atau nak separuh garing.kalau saya biasanya goreng sampai garing .




Bahan kisar
**********
10 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
*************
2 sudu gula merah
1 mangkuk kecil sos cili.
2 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil garam
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3-4 kuntum bunga cengkih
1 batang serai
Bawang besar- dihiris tebal-tebal
1 biji tomato.
2 biji cili besar (merah atau hijau,belah tengah je.)


Cara-cara nya..

1-Tumis kulit kayu manis ,bunga lawang bunga cengkih.
2-masuk kan bahan kisar dan serai..masak sampai naik minyak.
3-masuk kan sos cili dan sos tiram dan gula merah.
4-tunggu sampai warna nya gelap sikit.
5-masuk kan ayam yang kita goreng tadi.buh air sikit supaya tak hangus.
6-masuk kan garam dan tunggu sampai kuah mendidih dan pekat sikit.
7-masuk kan bawang besar dan tomato yang dipotong dan cabai besar tadi..
kacau2 sikit dah siap..

Selalunya hidangan ni juga digunakan untuk Nasi Tomato Ayam Masak Merah. Boleh la dicuba dan korang mesti akan suka dengan resepi ni.

Selamat mencuba..resepi ayam masak merah simple di blog saya ni..Cepat dan simple tapi sedap..tak caya try ok..Untuk jamu seisi keluarga sesuai sangat...


Catat Ulasan

0 Ulasan