RESEPI AYAM GORENG KUNYIT YANG SEDAP

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT YANG SEDAP | Puasa hari ke 3 memang dah cadang nak masak yang simple-simple saja . So hari ke 3 ni saya buat ayam goreng kunyit yang memang jadi kegemaran suami dan anak-anak.



Resepi ayam goreng kunyit ni saya punya resepi sendiri. Dari dulu lagi saya memang suka dengan resepi ayam goreng kunyit saya ni sebab ada rasa masam dan garing.

Biasanya saya letak kan kacang panjang dan lobak juga. Cuma kali ni saya tak letak sebab tak sempat nak beli. Hujan lebat sangat kat sini. Apa pun ayam goreng kunyit saya tetap sedap lagi-lagi bila dimakan dengan nasi panas-panas.

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Sedap

Saya guna ayam bahagian isi sahaja. Ayam bahagian isi ni kalau dibuat kuah seperti gulai atau masak lemak memang kurang laku. Silap2 ke tong sampah je la. Jadi kalau korang nak bagi bahagian isi ayam tu cepat habis , sangat sesuai kalau dibuat goreng kunyit saja.

Berikut adalah resepi Ayam Goreng Kunyit yang menjadi kegemaran seisi keluarga saya.

Bahan-Bahan

3 ketul isi ayam saiz sederhana. Potong dadu saiz ibu jari.

2 sudu kecil perahan limau

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil serbuk kunyit

1sudu kecil tepung beras

1/2 biji bawang besar

5-6 biji cabai melaka di hiris kasar
 
kacang panjang dan lobak potong panjang2 saiz 3-4 cm.

minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan.

Bersihkan ayam yang sudah dipotong.

masuk kan perahan limau, garam dan serbuk kunyit. Gaul sebati.

masuk kan tepung beras dan gaul sebati.

Panaskan minyak dan bila dah panas masuk kan ayam. 

goreng hingga keperangan dengan aapi sederhana.

Masuk kan kacang panjang dan lobak (jika ada)

Masuk kan cabai melaka dan bawang besar.

Kacau sekejap dan kemudian  toskan minyak dan siap dihidangkan.

Catat Ulasan

0 Ulasan