RESEPI AGAR-AGAR LUMUT PANDAN YANG PALING SEDAP DAN MUDAH| Hari pertama ramadhan , apa agaknya juadah istimewa untuk berbuka puasa hari ini.? Jika korang dah buntu nak masak apa hari ni, jangan risau.
Hari ni saya nak kongsikan resepi agar-agar lumut yang sangat sedap dan pasti membuatkan korang tak kan mencuba resepi lain selain resepi agar-agar lumut pandan ini.
Disini juga saya nak kongsikan sedikit tips membuat agar-agar lumut yang cantik dan mesti jadi.
Ketika mengacau bancuhan agar-agar, jangan terlalu kerap mengaduk kerapa ianya akan menghasilkan lumut yang kecil dan tidak cantik. Terlalu kerap mengaduk akan membuatkan lumut nya hilang dan agar-agar lumut tak menjadi.
So dah tahu tips nya ni jangan risau .. Comfirm jadi.
Resepi Agar-Agar Lumut Paling Sedap.
Jika korang suka kan agar-agar yang kurang manis korang boleh kurangkan penggunaan gula kepada 100g sahaja. Tapi untuk resepi ni gula yang digunakan ialah sebanyak 150g. Rasanya sedap dan secukup rasa.
Resepi ini dikongsikan oleh saudara @fangling8 di instagram. Korang boleh follow Fangling8 untuk lebih banyak resepi best2.
Bahan-bahan membuat agar-agar lumut paling sedap.
70g agar-agar serbuk
150g gula pasir
130ml santan segera
2 biji telur
1/2 sudu kecil garam
600ml aiar pandan yang diambil dari 20 helai daun pandan.
Cara menyediakan agar-agar Lumut sedap.
1. Campurkan agar-agar, gula, garam, telur dan santan. Kacau rata.
2. Campurkan air pandan. Kacau rata.
3, Letak kan bancuhan diatas api dan masak sampai mendidih. Jangan terlalu kerap mengaduk. Matikan api.
4.basahkan loyang dengan sedikit air.
5. Tuang bancuh yang sudah mendidih tadi ke dalam loyang.
6. tunggu sejuk sepenuhnya, dalam 5-6 jam. kemudian baru lah dituang ke atas pinggan untuk dihidangkan.
7. Kalau nak cepat sejuk gunakan loyang dan acuan yang lebih kecil. masuk kan dalam peti sejuk.
0 Ulasan