Normalize Untuk Expose Bazar Ramadan Yang jual Makanan Macam.. - NETIZEN LUAH KECEWA BELI MAKANAN DIBAZAR RAMADAN.

 " Normalize Untuk Expose Bazar Ramadan Yang jual Makanan Macam $#%^&%$ " - NETIZEN LUAH KECEWA BELI MAKANAN DIBAZAR RAMADAN -  Sudah 10 Ramadan berlalu dan kebanyakan Bazar Ramadan semakin rancak menjual beraneka juadah yang menyelerakan. Selepas 2 tahun bazar ramadan sunyi , kini orang ramai tentu tidak mahu melepaskan peluang mengunjungi bazar ramadan yang sudah menjadi tradisi disetiap tempat apabila tibaanya bulan puasa

photo: Samantha Chong


Namun dalam kemeriahan tersebut masih ada peniaga yang tidak mementingkan kualiti makanan yang dijual dan hanya mementingkan keuntungan semata-mata. 

Sejak hari pertama lagi , sudah ada netizen yang meluahkan rasa kesal dengan sikap peniaga yang menjual makanan yang tidak mencapai standart makanan yang patut dijual.

Ini membuatkan lebih ramai lagi yang tampil dengan berbagai cerita mengenai juadah yang dibeli di bazar ramadan.


Antara nya kisah yang dikongsi oleh @phikasuuu .


Dalam tweet nya dia meluahkan rasa kecewa kerana ayah nya terpaksa beratur panjang untuk membeli rangka ayam goreng tersebut dengan harapan untuk berbuka puasa dengan keluarga. Tapi malangnya apabila dibuka , ayam tersebut langsung tidak dibersihkan. Malah isi perutnya juga masih ada. Bahagian dalam pedal ayam juga tidak dibersihkan.

beliau turut mendedahkan bazar ramadan tersebut terletak di Bukit Mahkota Selangor.

Pengguna twitter lain juga turut berkongsi kisah mereka membeli makanan di bazar ramadan. Menurut satu acc bernama @whiteavacadoe dia membeli roti john daging  disebuah gerai di bazar ramadan Putrajaya Majid Besi

Namun malangnya sebaik dibuka roti john tersebut tidak berintikan daging seperti yang dia mahu. Didalam nya terdapat kacang panggang yang langsung membuatkan dia tidak berselera untuk makan. Netizen juga hairan kerana tidak pernah melihat roti john diletak kan kacang panggang seperti yang dilakukan peniaga tersebut.


Netizen turut mengunjungi gerai tersebut dan mendedahkan , gerai tersebut kurang didatangi pengunjung kerana merasakan mungkin sudah ramai yang menyedari taktik peniaga tersebut.

@Nazzirulquayyum turut berkongsi kisah nya membeli kuih tepung pelita yang dibeli di Bazar Ramadan didepan Masjid Khalid Ibn Walid, Mindef.




Kuih yang dibelinya hancur sebaik dia sampai dirumah. Jelas sekali Kuih Tepung pelita yang dibeli tidak dibuat dengan betul hingga membuatkan ianya hancur.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa marah terhadap peniaga yang langsung tidak mementingkan kualiti makanan yang dijual. 



Replying to
orang dah pesan dah aritu... x reti berniaga, jangan berniaga.. masak x sedap, jangan jual.. degil!! lalai!!

Replying to
Kebanyakannya yang berniaga hanya pandai berniaga.. tapi tak faham hukum hakam bab berniaga.. janji untung.. malang peniaga macam ni susah nak jawab kat sana nanti.. aniaya pelanggan.. bulan puasa pulak tu..

Replying to
Sebab tu la i tak beli kat bazar. Pi beli kat kedai2 makan yang dah biasa beli sebelum2 ni. Kesian ayah, beli nak bagi anak2, tengok2 jadi macam ni. Insya Allah nanti Allah gantikan yang berlipat kali ganda lagi sedap dari ni ya


Replying to
Netizen blh la expose bazar mana/stall mana yg buat hal camni supaya blh dielakkan & kena boikot.


Replying to
Normalize utk expose bazaar ramadan yg jual makanan mcm gampang


Catat Ulasan

0 Ulasan