HIDANGAN SUNTONG TUTOK SAJIAN ISTIMEWA DIBULAN RAMADAN

HIDANGAN SUNTONG TUTOK SAJIAN ISTIMEWA DIBULAN RAMADAN | Ini pertama kali saya dengar nama hidangan yang berasal dari Sarawak ni. Memang dah baca banyak nama hidangan dari merata negeri, tapi ini lah pertama kali saya tahu wujudnya nama hidangan Suntong Tutok.

photo:awani


Rupanya Suntong Tutok juga dikenali sebagai sotong ketuk. Patut lah bunyinya macam sotong. Sotong dibakar kemudian diketuk atau digiling menjadi nipis. Hidangan ni sangat popular dibulan ramadan. Yang menariknya ianya dimakan dengan sos pencicah. 

Sos pencicah tersebut dibuat menggunakan cili, kicap, kacang tanah dan juga gula apong. Rasanya manis-manis pedas. 

Harganya boleh mencecah RM160 sekilo. Walaupun harganya mahal tapi ianya tetap mendapat sambutan. 

Kalau dulu Sotong akan dibakar dengan kayu arang tapi zaman sekarang sotong dibakar dengan dapur gas saja. 

Sotong yang sudah kering dibakar kemudian terus diketuk. Sotong akan mudah diketuk ketika masih panas. Sotong juga tak boleh dibakar hingga terlalu lama kerana akan menyebabkan rasanya pahit.

Mudah saja cara membuatnya. Tapi kalau nak buat sendiri tu rasanya tak sempat nak penuh pinggan mesti dah habis disambar tukang makan. Jadi baik beli saja lah.

korang pernah makan Suntong Tutok?

Catat Ulasan

0 Ulasan