TUTORIAL EDIT GAMBAR GUNA PICSART SUPAYA ADA SATU COLOUR SAJA. | Hi semua..Hari ni nak share tutorial edit gambar guna Picsart memandangkan ada yang tanya saya tahu tak cemana nak edit gambar supaya ada satu bahagian sahaja yang ada warna. Saya ada banyak apps untuk edit gambar dan salah satunya yang korang boleh guna ialah Picsart. So hari ni saya ajar cara edit gambar guna picsart.
Maknanya dia nak ada ada warna untuk bahagian-bahangian tertentu saja. Contohnya macam gambar Maisara ni. Cuma bajunya saja yang ada colour.
Tutorial Edit Gambar
Caranya senang saja. Mula-mula buka Picsart yang korang dah install dalam phone korang. Boleh pi ke Play Store untuk install.
Korang pilih la gambar apa yang korang nak edit. Saya pilih gambar Mikhail yang atas ni.
Kemudian pilih Effext dan pilih colour. Nampak kat gambar atas ni.. Akan keluar satu bulatan kat gambar korang.
Gerak kan bulatan tu pada warna dalam gambar yang korang nak. Saya nak warna kulit Mikhail je. Ada tanda + pada bulatan tu..kan? jadi pastikan warna yang korang nak betul2 kat tanda + tu.
Jadi saya gerak kan pada warna kulit Mikhail.
Jeng--jeng..Terus warna gambar bertukar. Kat situ ada Min Hue dan Max Hue. Korang boleh adjust la warna-warna tu. tolak sikit tarik sikit. Ikut apa yang sedap kat mata korang la.
Kalau korang tak adjust nanti gambar tu warna nya tak sekata. So pandai-pandai korang la nak adjust dia cemana. kalau nak tambah bagi ada dua colour klik pada tanda + kat bawah tu, Pilih lagi colour yang korang nak.
Oleh sebab saya nak cuma Colour Mikhail je yang menyerlah, saya guna pemadam tu dan padam warna-warna daun kat belakang Mikhail jugak. Daun2 tu colour sama dengan kulit Mikhail, so kita tak nak yang tu.. Kita pun padam la ..
Dah siap..cemana??Senang je..kan?? Dah siap save je la. Bye.
0 Ulasan