SAPS IBU BAPA DAN GURU | SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2022 KPM

SAPS IBU BAPA DAN GURU | SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2022 KPM .
SAPS ibu bapa adalah sistem analisis peperiksaan sekolah yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memudahkan ibu bapa menyemak keputusan peperiksan anak-anak yang bersekolah.



Guru kelas akan memasuk kan rekod markah pelajar pada setiap peperiksaan termasuk lah peperiksaan percubaan melalui SAPSNKRA yang boleh diakses oleh setiap guru.  Sistem analisis ini juga memudahkan  guru memantau prestasi pelajar agar tidak ada pelajar yang tercicir.

Guru Mata pelajaran (GMP) yang tidak dapat login ke SAPS perlu mendapatkan ID baru atau ID sedia ada melalui setiausaha Peperiksaan.



Semakan dilakukan secara online sekaligus memudahkan ibu bapa terus dapat memantau anak-anak tanpa perlu berhubung terus dengan pihak sekolah.

Cara ini menjimatkan masa pihak sekolah dan ibu bapa.


Cara semak markah peperiksaan di SAPS ibu bapa.


SAPS ibu bapa sangat mudah digunakan. waris hanya perlu memasuk kan no kad pengenalan anak  dan memilih jenis peperiksaan untuk mendapatkan data lengkap markah peperiksaan.

Ibu bapa juga boleh menyemak kedudukan anak didalam kelas bagi setiap tahun peperiksaan. Ini supaya ibu bapa tahu dan dapat menilai sendiri prestasi anak dari masa ke semasa.



Cara semak markah peperiksaan:

1. Klik pada
https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

 



2. Masuk kan no kad pengenalan anak.

3.  - Pilih negeri
      -Pilih Daerah
      -Pilih nama sekolah

Pilih SEMAK

4. Pada layar ini akan dipaparkan nama setiap guru matapelajaran .

Ibu bapa perlu memilih tahun peperiksaan anak dan memilih sama  ada papar slip peperiksaan atau papar markah peperiksaan.


Semakan boleh dibuat menggunakan telefon pintar. Ibu bapa boleh meghubungi pihak sekolah untuk mengetahui tarikh rekod markah peperiksaan dikemas kini dan sedia untuk disemak.

Ibu bapa juga boleh merujuk kepada pihak sekolah untuk tindakan susulan oleh  setiausaha peperiksaan jika mempunyai masalah seperti nama pelajar salah ejaan atau tidak dapat akses menggunakan no kad pengenalan pelajar.

SAPS ibu bapa dengan sistem yang lebih baik demi kemudahan ibu bapa.

Seiring dengan perubahan masa, kemudahan yang disediakan Kementerian Pendidikan ini harapnya dapat digunakan sepenuhnya oleh ibu bapa.  Mungkin bagi mereka yang baru hendak menggunakan kemudahan ini berasa sedikit sukar untuk menyesuaikan diri dan terbiasa dengan cara lama yang memerlukan guru dan ibu bapa perlu bersua muka untuk membincangkan perihal murid-murid.

Namun , kita perlu akur dan mengikut peredaran masa yang lebih memudahkan dan lebih bersistematik. Tidak perlu menunggu lama dan sudah tentu kos juga dapat dijimatkan. Ibu bapa tak perlu mengambil cuti semata-mata untuk mengambil slip peperiksaan anak-anak.

Slip pada paparan SAPS ibu bapa boleh dicetak dengan mudah bila-bila masa sahaja. 




Catat Ulasan

0 Ulasan