REVIEW DAN SINOPSIS : HELEN

REVIEW DAN SINOPSIS : HELEN | Agak lama juga saya tak review filem dan drama. Dah banyak juga senarai filem dan drama yang tengah tunggu giliran untuk saya review. Hari ni saya nak review filem Malayalam berjudul HELEN.

Filem ni di lakon kan oleh Anna Ben, Lal dan Noble Babu Thomas. Anna Ben ni memang banyak berlakon filem2 Malayalam yang best2. Saya minat filem2 lakonan dia sebab dia cantik, comel dan bersahaja.



Untuk rating saya bagi 8/10. Rating agak tinggi juga sebab filem ni best, jalan cerita tak merapu, pelakon best dan plot dia tersusun je. Tak mengelirukan dan ending dia tak buat penonton tertanya-tanya.

Durasi filem cuma 1 jam 56 minit. Maknanya tak de la babak2 yang tak perlu dan boleh buat kita bangun pi tandas la, pergi bancuh milo la. Memang mata tertumpu kat filem ni saja.

Sinopsis Filem Helen

HELEN mengisahkan seorang gadis yang bekerja di restoran makanan segera. Dia berimpian untuk ke Kanada bagi mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. Dia ada sorang ayah yang sangat sayang kan dia. Dia juga ada teman lelaki berbeza agama, nama Azhar.

Waktu kerja Helen selalunya habis lewat malam. Lepas kerja dia mungkin aakan balik dengan kawan sekerja dia atau pun kadang2 Azhar yang datang jemput dia. Hubungan Helen dan Azhar tak di ketahui oleh ayah Helen.



Satu hari Helen dan Azhar kantoi kena tahan polis sebab naik motor tak pakai helmet. Diaorang kena pi balai dan polis hubungi ayah Helen .Masa tu lah baru ayah nya tahu Helen ada teman lelaki nama Azhar.

Ayah nya marah dan seharian tak bercakap dengan Helen. Esok nya Helen pergi kerja macam biasa. Disebabkan kecuaianmanager dia, Helen terperangkap di dalam bilik sejuk beku kat tempat kerja dia. Ini lah cerita sebenar yang di tonjolkan dalam Filem ni.

Dari jam 12 tengah malam sampai ke subuh, helen terperangkap dalam bilik sejuk beku tu dan korang kena tengok bagaimana dan apa yang Helen lalui dalam bilik tu dan semangat Helen untuk hidup sangat tinggi.



Review Helen

Filem ni sesuai sangat untuk tontonan keluarga. Tak de adegan kotor dan sarat dengan moral berkaitan kasih sayang dan masyarakat.

Babak yang paling saya suka masa kat dalam bilik sejuk beku tu bila dia nampak tikus yang sama terperangkap dalam bilik tu. masa tikus tu dah macam beku , dia nak selamat kan tikus tu tapi tangan dia dah melekat kat lantai.

Yang tu memang ngeri sikit la.Part dia tarik tangan di dan kulit macam tercabut. Erggghh!ngeri weh!


Babak paling menyakitkan hati pulak ialah yang dekat balai polis tu. Sumpah polis tu annoying gila. langsung tak bertanggungjawab dan ada satu babak yang polis tua tu macam tak berani nak kata apa dengan perangai ketua dia.

Rasanya kalau polis tua tu berkeras sikit, ugut nak buat report ke untuk tata tertib mesti ketua dia tak melampau kot.Hahaha.. Emo betul ni. :p

Ada satu mesej yang penting sangat nak disampaikan dalam filem ni iaitu sikap peduli. Zaman sekarang ni kita dah macam tak peduli dengan orang sekeliling. Bila kita berjalan kat luar kita lebih suka tengok kedai-kedai, tengok lantai, tengok bangunan.

Bila ada benda2 pelik sikit baru la kita pandang. Ada setengah orang tak peduli langsung.Yang penting urusan dia selesai sudah la. Kita tak payah bercakap pun dengan orang ramai. cukup kita senyum, lambai tangan, pun dah cukup.



Saya suka dengan kata-kata Pakcik Jaga dalam filem ni. Part last sekali dia kata "sebenarnya pada masa kini kita harus diajar untuk berjalan dan melihat wajah orang lain,bukan nya melihat lantai dan berjalan.."


Pelakon

Anna Ben 
Lal 
Noble Babu Thomas

Catat Ulasan

0 Ulasan