RESEPI SATAY AYAM DAN DAGING YANG PALING SEDAP

RESEPI SATAY AYAM DAN DAGING PALING SEDAP. LENGKAP DENGAN KUAH KACANG | Raya 2020 ni memang lain dari kebiasaan kita semua. Tak dapat berkunjung dan paling sedih tak dapat pulang ke kampung. Tapi kalau dah namanya hari raya perlulah kita sendiri menghidupkan suasana raya tu. Jadi bagi memeriahkan lagi Hari Raya Aidilfitri tahun ni saya dan suami bercadang nak bakar satay Ayam dan daging.

Buat satay pun cukup-cukup untuk kami 4 beranak. Sebenarnya bukan cukup-cukup dah ni.Tapi siap terlebih lagi. Maklum la..kitaorang ni makan sikit je. Bakinya simpan dalam peti sejuk dan panaskan dalam pan keesokan nya .

Untuk 30 cucuk satay ayam saya gunakan 4 ketul ayam bahagian isi sahaja.Beli je la kat pasaraya tu senang.Dah siap2 dia asingkan bahagian dada. Harga pun murah je. Sebenarnya kalau buat sendiri satay ni memang jimat banyak.Cuma orang lebih suka beli sebab malas nak nyalakan api dan nak bakar.

Untuk kuah kacang satay ni saya gunakan kacang yang memang dah siap kupas kulit. Bakar je dalam oven. Bila dah perang2 sikit blend je kasi hancur. Kebetulan ada nasi impit yang dah saya rebus untuk makan dengan rendang so kita potong la sikit untuk lengkapkan pinggan satay kita. Yang makan nasi impit ni cuma ibu depa je.. Hahhaha

Langkah Demi Langkah Membuat Satay

Sebelum mulakan proses buat satay basuh dulu lidi dan rendam dalam air sekurang-kurangnya 2-3 jam. Ini supaya lidi satay tak mudah terbakar bila kita membakarnya nanti.



Jom kita ke proses membuat satay dan kuah kacang yang sedap dan sangat sesuai untuk sesiapa yang nak berniaga satay. Modal kecik dan bahan-bahan nya juga mudah. Bahan-Bahan ni untuk 30-35 cucuk satay  ( 1/2 kilo daging)

Bahan-bahan Satay

4 ketul ayam bahagian isinya sahaja atau 

1/2 kilo daging

1 sudu kecil jintan manis 

1 sudu kecil jintan putih 

1sudu kecil lada sulah 

1/2 sudu kecil biji Ketumbar 

1sudu kecil serbuk kunyit  

1 inci kunyit hidup 

2 batang serai 

1inci lengkuas 

5 ulas bawang putih 

1 biji bawang besar 

halia 1 inci 

Gula merah 3 sudu besar 

Gula pasir 2 sudu 

1 sudu kecil garam 

Cara-Caranya:

Potong daging dan ayam mengikut saiz yang sesuai.Jangan terlalu kecil dan jangan terlalu besar. Kalau terlalu kecil nanti satay akan mengecut bila di bakar.  Anggaran saiz 2cm x 2cm. Kemudian bersihkan ayam dan daging.

Masuk kan semua bahan ke dalam pengisar kecuali ayam dan daging. 

Kisar bahan sampai hancur. lepas tu masuk kan bahan-bahan kisar ke dalam ayam atau daging yang dah di potong dan dibersihkan tadi.

Perap selama 4-5 jam sebelum dibakar. Boleh simpan dalam peti sejuk. 

Selepas 4-5 jam diperap boleh la cucuk pada lidi. satu lidi dalam 4-5 ketul ayam @ daging sahaja. Boleh juga kalau nak cucuk ke lidi dulu kemudian perap. Ianya lebih cepat dan mudah untuk di bakar sebab ayam dah kejap pada lidi.

Kalau nak bakar baru nak cucuk pada lidi agak  susah jugak sebab ayam masih lembut. terserah nak buat yang mana dulu ikut citarasa korang.



Last sekali boleh la bakar satay tu. Jaga-jaga dengan api. Kita cuma nak bara nya saja. Bukan api. Kalau bakar guna api habis hangus la satay tapi isi dalam nya tak masak pulak.

Cara masak kuah kacang sedap

Sambil-sambil tukang bakar satay tengah kipas satay tu korang yang lain boleh tolong buat kuah satay atau kuah kacang. Cara membuat kuah kacang ni sangat senang cuma ambil masa sikit untuk memasak nya. Kalau masak banyak memang la lama.

Tapi kalau masak untuk segenggam kacang tak la lama sangat pun. Cuma nak memasak kuah kacang ni kena gunakan api perlahan sebaik saja kacang dimasuk kan. Kalau tidak hangus la kacang korang. Kacang mesti lah betul-betul masak. Taut sakit perut pulak kalau termakan kacang mentah.

Sebab tu bakar kacang dulu sebelum blend halus. Bakar kacang pastikan kacang betul2 masak. Jadi tak la kira risau sangat kuah kacang tu masak kejap atau lambat. Ok?

Bahan-bahan untuk Kuah kacang atau Kuah Satay

1 cawan kacang tanah di bakar atau di sangai kemudian buang kulit dan kisar halus 

10- 15 tangkai cili kering  

2 sudu besar gula merah 

1 sudu besar gula pasir 

1 batang serai 

1/2 inci halia 

1 biji bawang besar 

2 ulas bawang putih 

1 asam keping 

garam secukup rasa 

1 senduk kecil minyak untuk menumis 

air 1 cawan

Cara-Caranya

Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia. 

Panaskan minyak dan tumis serai yang dah di ketuk

Masuk kan cili kering yang dah di kisar. Masuk kan garam,gula merah dan gula pasir.Kemudian masuk kan asam keping.

Bila cili dah masak garing masuk kan air kemudian kacang tanah yang dah di kisar halus. 

Masak guna api perlahan sampai air kering dan kuah kacang naik minyak.

Bila dah naik minyak maknanya kuah kacang dah masak. Boleh la hidang kan dan ambik gambar sebelum makan.. Hehehh

 Memang sedap satay ni dan puas hati la dapat makan banyak. Padahal nak buatnya senng je. Blend2 dan cocok2 je. Paling senang bila kita ada tukang bakar,Heheh.



Malam tu kami siap bakar sosej juga sebab anak2 kata nak sosej jugak. Diaorang ni bukan tak makan satay. Tapi dah jadi kebiasaan bila buat aktiviti bakar-bakar je mesti nak ada sosej jugak.

Tapi tak habis pun. Makan berdua je memang la tak habis. Kalau ada sepupu2 kat kampung tu memang licin le diaorang makan berebut ni. Tu yang diaorang suka. 

Tapi terlupa kot yang diaorang berdua je yang nak makan sosej tu. Kan tengah PKP ni.Hahha.. Sabar la anak-anak. Nanti dah habis PKP kalau boleh balik kampung kita buat lagi aktiviti bakar2 gini dengan sepupu2 diaorang nun.

Kami ni kalau balik kampung memang aktiviti berBQ  ni memang aktiviti wajib. Tu yang anak-anak paling suka.

Catat Ulasan

0 Ulasan