RESEPI ROTI JALA YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP

RESEPI ROTI JALA SUKATAN CAWAN YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP -  Roti Jala adalah juadah wajib keluarga saya setiap kali tiba ramadan. Selain mudah dimasak ianya sangat sedap dan makanan yang cepat mengenyangkan. Memasak roti jala sangat mudah kerana hanya menggunakan sukatan cawan. Selain bulan puasa hidangan ni juga sangat sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau di majlis-majlis keraian.

Dengan sedikit kreativiti kini roti jala juga boleh didapati dengan berbagai warna dan dihias menarik. Malah ada yang menggantikan kek hari jadi dengan roti jala.



Untuk hari ni saya nak kongsikan Resepi Roti Jala sukatan cawan yang korang boleh cuba untuk berbagai majlis . Tambahan pula tak lama saja lagi kita akan menyambut bulan Ramadan. Boleh la semua mencuba resepi roti jala simple ni.

Roti jala yang saya buat ni tak menggunakan telur yang banyak. Cuma sebiji saja telur yang saya gunakan. Saya memang kurang suka bau telur yang kuat. Sebab tu tak menggunakan banyak telur. Bagi yang memang ada alahan telur , Roti jala ni tak payah letak telur pun boleh. 

Selain tak menggunakan telur yang banyak, ini juga adalah resepi roti jala tanpa santan yang sangat sedap tanpa menggunakan bahan yang banyak.

Bancuhan nya tidak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Boleh juga kalau korang masuk kan sedikit tepung kastard. rasanya lebih sedap dan berbau harum.

Resepi Roti Jala Yang Simple dan Sedap

Bahan-bahan untuk membuat roti jala

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

1sudu kecil garam

setengah sudu kecil serbuk kunyit

2 cawan air

Cara-Cara :

Campurkan semua bahan dan pukul sampai sebati.Kalau tak de mixer atau whisk boleh blend saja dalam pengisar.

Masuk kan air sikit demi sedikit. Adunan tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Buat macam korang buat adunan kek atau pun kalau cair sikit, macam bancuhan kuih ketayap.

Panas kan kuali leper dan masuk kan bancuhan ke dalam acuan atau botol khas untuk buat roti jala. Acuan dan botol khas ni korang boleh beli kat kedai2 plastik.

Kedai rm2 pun ada.

Lepas tu mula kan lah menjala bila kuali leper dah panas.

api kena perlahan. bila permukaan jala tu dah masak, terus je angkat. Tak payah diterbalik kan.

kemudian gulung atau lipat la roti jala tu ikut citarasa korang.

N

Roti jala yang sedap boleh dimakan dengan kuah apa saja. Kalau nak makan dengan masak lemak cilipadi pun sedap. tapi selalunya orang makan roti jala dengan kuah kari. Untuk resepi Kuah kari paling sedap boleh dapatkan resepi di Kari Ayam Paling Sedap.

selamat mencuba.


Catat Ulasan

0 Ulasan