RESEPI KUIH DANGAI PALING SEDAP GUNA 4 BAHAN SAHAJA

RESEPI KUIH DANGAI PALING SEDAP GUNA 4 BAHAN SAHAJA  | Hi semua.. Ada orang muda yang tak kenal kuih Dangai ni. Saya kenal kuih ni bukan sebab saya tua tau.. jangan silap pulak. Hahah.. Saya kenal kuih ni sebab mak saudara suami  memang menjual kuih tradisi ni.



Bila tiap kali balik kampung kuih Dangai ni antara yang wajib dia akan bekal kan untuk suami bawak balik ke Penang. Bila makan teringat-ingat zaman masa kecik2 dulu.

Arwah Opah dengan arwah tokwan saya bila ke pekan rabu( pasar malam) mesti akan beli kuih dangai bersama dengan putu bambu untuk bawak balik kat cucu2 ni.

Bukan pekan rabu di Kedah tu. Tapi pekan Rabu kat tempat saya tu macam pasar malam la. Seminggu sekali ada pasar malam dibuat pada hari rabu.

Dulu tak sebut pasar malam. Kami panggil pekan rabu je..

Kuih Dangai Paling Sedap comfirm jadi

Bagi yang nak kan resepi Dangai ni,saya kongsikan untuk korang cuba. Yang tak ada acuan dangai korang boleh menggunakan loyang kek atau loyang pizza je. 




Lepas dah masak keluarkan dan potong ikut saiz dan bentuk yang korang suka. Ada kedai yang jual acuan dangai. Tapi harganya sedikit mahal. Kalau acuan tu berat memang mahal sikit la. Tapi kuih dangai nya cantik dan tak melekat di acuan.

Acuan yang ringan ni korang kena usaha sikit la untuk elak kan kuih melekat di acuan. Mungkin lepas 3,4 kali guna acuan dah serasi dengan api.

Ok.. jom kita tengok resepi Mudah Membuat Kuih Dangai menggunakan 4 bahan sahaja.

Bahan-bahan nya:

2 biji Kelapa parut separuh matang. Parut jangan bagi kena tempurung kelapa. Sebab kita tak mau yang hitam2 tu.

Kelapa separuh matang ni  Maknanya kelapa yang tak tua dan tak muda sangat.

1  senduk  besar gula pasir.

1 sudu teh garam halus

1 cawan tepung pulut.

Sedikit minyak untuk disapu pada acuan





Cara- caranya: 

Kalau guna oven panas kan dulu oven selama 15 minit suhu 180.

Kalau guna acuan api gas atau dapur arang tak payah panaskan acuan.

Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan gaul sebati. Jangan ada tepung atau kelapa yang berketul. Adunan mestilah berderai dan ringan.

N

Yang guna loyang :

Sapu loyang dengan minyak masak. Kemudian boleh masuk kan adunan dalam loyang dan padat kan guna senduk atau tangan.  Lagi tebal lagi cantik.. Kemudian masuk kan dalam oven. 

Bakar dengan suhu 180 selama 15-20 minit. Kalau bagaian atas masih tak perang lagi boleh tambah masa membakar

Lepas masak boleh potong dan hidang kan panas2.

Bagi yang guna acuan dan bakar atas dapur:-

Sapu minyak dalam acuan. Kemudian letak adunan kelapa tadi sampai penuh dalam acuan. . Hentak2 ke lantai supaya padat.

Ni contoh acuan dangai boleh di shopee https://shp.ee/422f8c7



Kalau ada ruang lagi, tambah lagi kelapa. Padat kan guna pemadat yang korang dapat masa beli acuan tu.

Tekan2 supaya kelapa padat. Bakar atas api yang perlahan sambil bahagian atasnya di tutup dengan  papan atau pemadat acuan. Prose membakar ni ambik masa dalam lebih kurang 5 minit.

Bila tepi2 acuan dah perang guna pisau dan potong tengah2 antara blok2 acuan tu.

Cungkil dangai guna lidi atau terbalik kan atas kertas dan cantum kan dangai dari blok satu ke blok 2.  Dia akan melekat dan jadi macam dalam gambar diatas..

Senang je kan???

Lepas sambung ulang lagi proses ni sampai kelapa habis..

Selamat mencuba.


Catat Ulasan

0 Ulasan