RESEPI KEK COKLAT LELEH YANG PALING SEDAP DAN MUDAH | Kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah memang ramai penggemarnya .Bila di hidangkan sentiasa akan jadi tumpuan tak kira kanak-kanak dan orang dewasa.
Anak-anak saya sendiri sentiasa nak kek coklat leleh berbanding kek krim . kek cheese juga diaorang tak suka.Bagi anak-anak saya cheese hanya sedap bila bersama pizza.hahhaha..
Selain kek yang sedap ,topping kek tu juga mestilah banyak.ada yang suka coklat yang sampai melimpah-limpah.hahah,,Tapi anak-anak saya ni walaupun diaorang memang penggemar coklat tapi suka coklat di bahagian atas je..
Cuma kalau saya buat untuk orang memang saya akak lebihkan coklat tu .Baru lah sedap..kan??kadang-kadang ada jiran-jiran yang tempah kek ni dengan saya..tak selalu pun ..sebab kalau sibuk je memang saya tolak tempahan kek,Sebulan 2,3 kali je saya ambik tempahan kek ni.
So kalau korang nak buat jualan dengan resepi kek coklat leleh saya ni silakan..Jangan segan-segan tau.Saya harap perniagaan korang akan maju jaya walaupun kek saya ni tak seberapa.hehehhe..
Apa pun cuba buat sendiri dulu.Rasa dan nilaikan sendiri boleh jual tak, atau boleh setakat untuk makan sendiri..Maklum la..saya ni bukan chef pun.hahahah...
Ok..jom kita tengok resepi Kek Coklat Leleh Paling Sedap dan Mudah..
Bahan-Bahan:
cawan tepung Gandum
2 sudu besar serbuk coco
1 sudu baking powder
1 cawan mentega
1cawan gula halus
3 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat
Cara-Cara:
Panas kan oven.
Saya guna loyang petak saiz 8 x 8. Sapu loyang dengan butter atau majerin.Kemudian lapik dengan baking paper yang di potong ikut saiz tapak loyang.Sapu lagi butter atau majerin atas baking paper. ketepikan..
Kalau tak de baking paper tu korang boleh sapu majerin kat loyang kemudian taburkan tepung gandum.Keluarkan sisia tepung lebihan dari loyang
Ok..jom masak..
1- Ayak tepung gandum, serbuk coco dan baking powder bersama . ketepikan.
2- Dalam bekas lain pukul mentega dan gula sampai kembang . Bila dah warna putih dan gebu tu maknanya dah kembang la .
Boleh tak ganti butter dengan majerin je??? Saya pernah buat kek ni guna majerin tau..sedap juga ,cuma tak la wangi dan sesedap guna butter.Tapi boleh je kalau nak guna majerin..Saya buat dulu habis jugak..hehehhe
3- Kemudian masuk kan telur sebiji demi sebiji .pukul lagi sampai kembang.
4- Masuk kan esen vanila dan susu pekat.Pukul bagi sebati bahan-bahan tu.
.
5- lepas tu masuk kan tepung yang di ayak bersama dengan baking powder dan serbuk coklat tadi.Masuk kan sikit -sikit.
6- masuk kan adunan ke dalam loyang tadi.kemudian bakar dengan susu 180 selama 40 minit.bergantung pada oven masing2.Yang penting oven kasi panas dulu ye..
Saya bakar guna api atas bawah.
7- Bila dah siap bakar , kek dah masak, boleh la keluarkan kek.Kalau guna baking paper boleh terus keluarkan kek.
Tapi kalau sapu majerin dengan tepung korang kena tunggu kek sejuk dulu ye..dalam 15 minit gitu boleh la keluarkan kek.
8- Kemudian boleh la tuang topping kek kita..Coklat leleh yang pekat melekat tu lagi ramai suka..Ini resepi untuk coklat leleh atau topping nya.
Bahan untuk coklat leleh:
20 gram coklat bar
2 sudu mentega
2 sudur serbuk coco
1 cawan susu pekat
Cara-caranya:
1- Cairkan semua bahan dalam satu bekas .Tak kisah cemana korang nak cairkan coklat tu..
Guna mikrowave boleh, guna double boiler pun boleh..Kalau guna mikrowave , lepas dah keluarkan dari mikrowave terus kacau guna whisk .
Kalau guna dapur je korang kena kacau2 dengan whisk sampai la coklat tu cair dan tak berketul-ketul. Pastikan serbuk coco pun tak berketul ok..
Kalau tak kacau sampai serbuk koko hancur dia jadi gini la..tak rata dan jelas nampak serbuk kokok tak sebati..
kalau tak kreatif google je la ..tengok diaorang hias kek cemana..hahahah
Ok..tu je.,.selamat mencuba resepi kek coklat leleh yang paling sedap dan mudah
.
0 Ulasan