RESEPI BURN CHEESECAKE KHAIRUL AMING YANG SEDAP DAN MUDAH

RESEPI BURN CHEESECAKE KHAIRUL AMING YANG SEDAP DAN MUDAH | Nama khairul Aming bukan lah asing lagi dikalangan pengguna sosial media. Hail masakan nya yang selalu menjadi viral membuatkan ramai yang ingin mencuba berbagai reepi yang dikongsikalan nya.Kebanyakan resepi -resepi yang dikongsikan Khairul Aming sangat simple dan mudah disediakan.
Salah satu resepi yang berjaya menambat hati ramai ialah Burn Cheesecake.


Burn Cheesecake yang dikongsikan bukan sahaja sangat mudah tapi sesiapa yang mencuba resepi ini pasti mengakui keenakan nya. Saya sudah mencuba resepi ini dan ini kali kedua saya membuatnya. 


Kedua-dua percubaan saya membuat kek ini menjadi dengan sempurna. Rasa yang penuh dengan Cheese, gebu , kurang manis dan boleh dikatakan sempurna!




Resepi Burn Cheeecake guna Air Fryer


Apa yang menariknya Burn Cheesecake ini juga tidak dibakar menggunakan oven tapi hanya menggunakan air fryer. Jadi sukatan bahan untuk kek ini hanyalah sesuai untuk loyang bersaiz 6x6 . Ketebalan nya hanya dalam 5 cm.

Kek ini juga boleh diletak kan perisa blueberry atau stawwberry. Pada langkah terakhir, sebelum memasuk kan adunan ke dalam loyang, masuk kan 3-4 sudu jem blueberry atau strawberry dan  kacau sebati.


kemudian baru lah dituangkan ke dalam loyang.



Tapi untuk kali ini saya hanya menggunakan resepi asli Burn Cheesecake Khairul Aming. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan nya.

Bahan-Bahan :

250g Cream Cheese
1\2 cawan gula
200ml Whipping Cream
2 biji telur
1 biji kuning telur
secubit garam
1 udu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung gandum (ayak)





Cara penyediaan :

Masuk kan semua baahan ke dalam mixer. (boleh juga guna blender)

pukul sehingga sebati.

Lapik loyang saiz 6x6 dengan baking paper

Pastikan ada lebihan kertas agar mudah kita nak angkaat cake selepas masak.

Tuang bancuhan tadi ke dalam loyang.

Bakar dalam air fryer dengan suhu 180 selama 20 minit.

Tambah masa setiap 20 minit jika permukaan kek tidak nampak gelap dn bahagian dalam kek masih belum masak.

Untuk cake saya, saya bakar selama 1 jam dengan suhu 180.

Ssangat sesuai dijadikan juadah dihari raya dan berbagi majlis minum petang.


 

 

Catat Ulasan

0 Ulasan