RESEPI BEBOLA UBI KOPONG YANG PALING SEDAP DAN MESTI JADI

RESEPI BEBOLA UBI KOPONG YANG PALING SEDAP DAN MESTI JADI  | Dah lama tak makan ubi kopong ni. Pertama kali makan masa kakak saya buat . Bukan main lagi anak-anak makan. Sedap sangat kata nya.

Bebola Ubi Kopong ni dibuat menggunakan ubi keledek. Kakak saya pergi pasar dibawa balik satu plastik besar Ubi Kledek. Ingat kan nak buat apa la Ubi Keledek Banyak-banyak ni. Rupanya nak buat Bebola Ubi Kopong.



Resepi bebola ubi kopong yang sangat sedap boleh dimakan dengan serbuk milo dan nutela

Kakak saya ni memang rajin memasak. Dia juga berjualan kuih muih di kampung. Selepas dia buat Bebola Ubi Kopong ni baru lah saya tahu yang Mikhail suka betul makan kuih-kuih yang dibuat dari ubi Keledek.

Nampaknya lepas ni nak beli Ubi Kledek banyak-banyak la. Jamu ubi keledek hari-hari biar semua jadi kuat kentut. Hahha. Makan ubi Keledek ni nanti kuat kentut tau.

Bebola Ubi Kopong ni ada teknik tertentu untuk membuatnya. Selepas digoreng, bila kita koyak bebola ni akan ada ruang besar dalam bebola ubi ni.Sebab tu namanya kopong. Kalau buat tak de kopong tu maknanya tak jadi lah bebola Ubi ni.

Saya pun tak sempat nak ambik gambar kuih ni bila di koyak bahagian dalam nya. Biasalah..bila nampak benda makan tak de dah ingat nak ambik gambar ke apa. Menurut dari sumber asal resepi ini, kuih ni sangat popular di Thailand dan Indonesia.

Selepas di goreng rasanya tawar dan agak kenyal.Sebab tu ianya sangat sesuai dimakan dengan taburan gula icing dan serbuk milo. Nak makan dengan nutella pun sesuai sangat.

Untuk mendapatkan kopong pada bahagian dalam kuih ni teknik menggoreng perlu lah betul.Selepas bebola sudah kekuningan gunakan belakang sudip atau senduk untuk menekan-nekan bebola. Tekan semua bebola sambil melayang-layangkan belakang sudip atau senduk. Jangan buat macam masak nasi goreng pulak ye.

Dihujung resepi  ni saya sertakan video dari pemilik asal resepi lebih mudah nanti untuk korang cuba.

Jom tengok resepi Bebola Ubi Kopong.




Bahan-bahan:

500g Ubi Keledek yang warna oren

1 cawan tepung ubi

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu besar baking powder

4 sudu besar gula halus

Minyak untuk menggoreng

topping:

serbuk milo

gula icing

nutella.


Cara-Caranya:

1. Rebus ubi keledek sampai lembut. Kemudian lenyek ubi sampai tak de ketulan.kalau boleh dapatkan Ubi tu sampai jadi 2 cawan.

2. Campurkan semua bahan ke dalam bekas dan uli sampai sebati dan lembut.

3. Bulat-bulatkan adunan jadi bebola kecil.

4. Masuk kan minyak dalam kuali dan tak payah tunggu minyak panas terus masuk kan bebola ke dalam kuali. Guna api sederhana.

5. Bila minyak dah panas dan menggoreng, gunakan belakang sudip atau senduk dengan cara melayang-layangkan nya.

6. Bila bebola ubi dah kekuningan , kita tekan-tekan bebola ubi dengan belakang sudip tu. Boleh teklan kuat2 sebab nanti beola ubi tu akan bulat kembali.

7.Teruskan tekan dan melayang-layangkan belakang sudip sampai la bebola ubi masak dan warnanya garing. Kemudian boleh la diangkat dan dihinagkan dengan serbuk milo atau pun gula Icing. nak makan dengan coklat ganache atau nutela pun boleh..


Selamat mencuba

Catat Ulasan

0 Ulasan