RAHSIA DAN TIPS BAWANG GORENG JADI RANGUP DAN SEDAP | Hi semua..Dalam masakan melayu korang perasan tak kita suka gunakan bawang goreng sebagai bahan tambahan yang bukan saja untuk meyedapkan masakan tapi juga sebagai hiasan.
Bila tabur je bawang goreng tu terus masakan tu nampak Ya Ampun sedap bangat ini Soto.. Hahahah..
Mee kari pun letak bihun goreng, nasi goreng pun letak bawang goreng, bihun goreng, mee goreng, Nasi biryani, nasi daging, macam-macam lagi la..Boleh dikatakan bawang goreng tu kena ada je kat dapur kita.
Anak saudara saya, duduk saja-saja makan bawang goreng. siap boleh buat jajan jugak bawang goreng ni rupanya.
Tapi tak ramai yang tahu cara membuat bawang goreng yang rangup dan sedap. hari ni saya kongsikan Rahsia macam mana nak buat bawang goreng yang rangup sedap dan tahan lama.
Rahsia bawang goreng rangup
Apa yang membuatkan bawang goreng menjadi rangup dan tahan lama tak lembik?? Ini lah rahsia yang korang perlu tahu. Apa yang korang perlukan ialah bawang merah yang sudah di buang kulit, bersihkan dan dihiris nipis.
kemudian korang rendam bawang yang dah dihiris tu dengan air garam. Anggaran dalam 2 cawan air untuk 2 sudu besar garam. rendam selama kira-kira 30 minit hingga 1 jam.
Kemudian tos kan bawang merah tadi. Jangan ada air kerana ia akan buat bawang goreng lembik dan ambil masa lama untuk menggoreng.
Ambil sedikit tepung jagung dan tabur diatas bawang merah tadi. ratakan ke semua bawang merah.
Angaran tepung jagung = 1 sudu besar tepung jagung untuk 1 kilo bawang merah.
Kemudian biarkan beberapa minit sambil panas kan minyak. Bila minyak dah panas boleh la goreng bawang tu. Goreng dengan minyak yang banyak dan cukup panas.
kawal api agar bawang tidak hangus. Bawang yang hangus akan membuatkan ianya rasa pahit. Selepas masa toskan minyak, sejuk kan dan boleh di simpan di dalam balang.
Boleh simpan dalam peti sejuk supaya bawang goreng tahan lama.
Selain tepung jagung korang juga boleh gunakan tepung gandum dan tepung Ubi. Sedikit tepung gandum di campur dengan tepung ubi lepas tu tabur atas bawang . Gaul sebati dan goreng.
Tepung tu guna sikit saja. Bukan banyak macam buat cekodok tau..
Korang boleh guna bawang putih juga untuk dapatkan bawang putih yang rangup dan sedap..
Selamat mencuba..
0 Ulasan